Inilah rupanya Pasar Baru Gunung Rapat yang hendak dibina di atas robohan pasar yang ada sekarang. Dikatakan menelan belanja sehingga RM6 juta dan bakal siap 2-3 tahun.
Pelan di atas ini adalah mengikut spesifikasi semasa rancangan awal untuk membuat pasar dua tingkat. Kini, ianya telah diubah menjadi setingkat sahaja. Manakala yang bertanda kuning itu dikatakan tempat-tempat untuk orang baru memasuki ke dalam pasar. Semuanya telah diaturkan oleh Alex.
Oh ya, para peniaga ingin bertanyakan kepada Datuk Bandar, siapa Alex ini? Dia telah mula memainkan peranannya sejak mula lagi sehinggakan memberi taklimat semasa di Bangunan MBI pada 8 Mac. Adakah dia pembantu Datuk Bandar? Ahli Majlis Bandaran? Perunding ataupun kontraktor perobohan dan pembinaan pasar?
Ataupun antara 'dubuk' yang akan mendapat laba daripada projek ini sepertimana yang dikatakan oleh blog alHusseyn?
1 comment:
kat manalah penjaja melayu yang jual petai dan pucuk paku nak ditempatkan dalam pasar 6juta ringgit tu? Kalau pasar tersebut dibaik pulih, belanja opun tidak semahat itu dan sebahagian wang tersebut boleh digunakan untuk membantu peniaga mendapatkan modal utk niaga...
Post a Comment