Monday, April 19, 2010

Tiada lagi calon Bebas di Hulu Selangor

Johan tarik diri, Hulu Selangor kini BN lawan PKR

KUALA KUBU BHARU: Seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah, menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, menjadikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Johan mengemukakan notis penarikan diri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi. Beliau, bagaimanapun, enggan memberi kenyataan kepada media berhubung tindakan beliau itu.
Lewat petang tadi, Johan melancarkan bilik gerakannya di Felda Sungai Tengi dan menyatakan harapan memenangi pilihan raya kecil itu.
Tengah hari tadi, VS Chandran yang juga calon Bebas, menarik diri dengan alasan tidak mahu menentang kepemimpinan BN dan menyatakan sokongan dan akan berkempen untuk memastikan kemenangan calon BN.

Pada pilihan raya kecil Ahad ini, calon BN, P Kamalanathan akan bersaing dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

- Berita Harian

Berita sebelum ini:-

Johan tidak ikut langkah Chandran

Johan Pilih Logo Cangkul Tagih Sokongan Pengundi Di Hulu Selangor

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...