Sunday, April 4, 2010

Temasya Sukan Pasti Kawasan Gopeng 2010

IPOH 4 APRIL: Pagi tadi berlangsungnya Sukan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) peringkat Kawasan Gopeng di Padang Bolasepak Rapat Setia, Ipoh.

Empat Pasti yang diwakili oleh Pasti Ehsan (Rapat Setia), Pasti Ammar (Changkat Larang), Pasti Pintar (Simpang Pulai) dan Pasti Sinaran Wahyu (Gopeng) bersaing untuk bergelar juara bagi tahun ini dan membawa pulang Piala Pasti serta Piala Pusingan. Pasti Ammar telah menjuarai Sukan Pasti ini pada tahun lalu.

Sukan Pasti tahun ini yang membawa tema "Riadah Islami: Citranya Membina Insan Harmonis" telah memilih Pasti Ehsan daripada Rapat Setia sebagai tuan rumahnya.

Sejak seawal jam 7.30 pagi lagi anak-anak murid Pasti yang seramai hampir 100 orang itu telah bersemangat berhimpun di Padang Rapat Setia untuk bersama-sama menjayakan temasya sukan bagi tahun ini.

Sungguhpun padang agak becak akibat daripada hujan lebat pada sebelah malam sebelumnya, namun itu sedikit pun tidak menggugat perjalanan sukan yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Pasti ini.

Tak sabar rasanya nak bersukan

Bakal-bakal ahli sukan negara

Muslimah pun boleh bersukan juga

Persediaan akhir sebelum memulakan sukan

Latihan di saat-saat terakhir

Bosan juga menunggu aturcara berjalan

Begini gayanya bila sampai di garisan penamat

Siapa yang belum ada di sini, angkat tangan

Ibu bapa juga nampaknya tak sabar untuk melihat anak-anak
mereka bersukan

Hadiah-hadiah mula diatur

Meja pemeriksaan kesihatan disusun oleh Dr Tun Khamsiah
dan pembantu-pembantunya

Sudut Pameran Kesihatan juga disediakan

Yang tak sempat bersarapan tu boleh membeli di sini

Pelbagai aneka cenderamata dan pakaian juga ada di jual

Yang bergoreng juga ada disediakan

...akan bersambung lagi

No comments:

Followers