Wednesday, April 21, 2010

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

-malaysiakini

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Arak tetap HARAM oleh PAS tetapi cuba dihalalkan setelah Zaid jadi calon.

BOHONG tetap HARAM oleh PAS tetapi kelakuan PR (tak berdaftar) tidak menepati janji. Kalau tidak menepati janji apa hukumnya?

Apakah kalau PR tidak menepati berjanji tidak menjadi munafik?

Apakah PAS juga tidak menepati janji juga tidak munafik?

Persoalannya ialah kalau PAS buat semuanya HALAL tetapi kalau UMNO dan BN semuanya HARAM.

Sama juga apakah hukumnya kalau PAS berkawan dengan DAP sedangkan UMNO dihukumkan KAFIR ketika berkawan dengan MCA dan MIC.

Sama juga kalau gambar Tunku pada masa dulu yang ditunjukkan, apa kurangnya di Kelantan dengan patung manusia terbesar berbanding masjid.

Kalau parti 'Islam' PAS boleh buat kenapa diam membisu?

Kalau begitu hairan juga parti 'Islam' seperti 'menghalalkan' patung itu dibina melebihi kelebihan masjid di Kelantan. Lebih menghairankan patung itu dibina di Serambi Mekah.

Tidakkah MALU BESAR.

Persoalannya ialah PAS ingin lari soal minum arak yang mana Zaid tidak menafikannya dengan mengatakan ia adalah serangan peribadi yang kononnya dilakukan oleh BN sedangkan perkara ini didedahkan oleh laman blog.

Kalau dilihat dari komen Mustafa kononnya PAS tidak melakukan serangan peribadi.

Sejarah pilihanraya menunjukkan PAS pernah melakukannya tapi tidak mahu mengaku.

'ISLAM'nya PAS. Buat2 lupa dan Melayu PAS sungguh auta.

SEKIAN.

Followers