Sunday, January 10, 2010

Zambry jadikan Nizar sebagai idola

Zambry ternyata ketandusan idea di dalam merangka sesuatu projek ataupun rancangan untuk rakyat Perak.

Oleh yang demikian, segala perancangan yang telah dijalankan oleh Dato Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang sah akan ditiru oleh Zambry dengan bantuan propaganda daripada pihak media cetak dan elektronik milik kerajaan.

Telah banyak program-program ataupun perancangan yang dijalankan oleh Zambry sebenarnya telah diceduk daripada idea asal oleh Dato Seri Nizar.

Program Zambry yang terbaru iaitu Pertandingan Bolasepak Liga Terbuka Manjung bagi merebut Piala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah peniruan terbaru terhadap Pertandingan Bolasepak Piala Datuk Seri Nizar yang dianjurkan oleh pihak PAFA (Perak Football Associatian).

Diharap semoga Zambry berhenti daripada menjadi bayang-bayang tiruan kepada Dato Seri Nizar walaupun semua maklum kini bahawa Zambry menjadikan Nizar sebagai idolanya dalam mencari kedudukan didalam arena politik tanahair.

6 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Siapa yang meniru dan siapa pula yang meniru?

BN telah lama memerintah Perak ini. Kerana hanya satu dua yang disenaraikan oleh Ajijoi dah kata banyak yang ditiru.

Jangan sombong mengatakan Nizar MB yang sah tapi PAS hanya ada 6 kerusi ADUN berbanding UMNO 20 kerusi di Perak di mana jawatan MB sekarang YANG SANGAT SAH yang dipegang oleh DS Dr Zambry dari UMNO.

Apakah dengan jawatan MB yang dipegang oleh MB dahulu negeri Perak telah menjadi negeri 'Islam' dengan hanya Nizar dari PAS?

Kenapa tak laksanakan hukum Islam seperti hudud untuk menunjukkan PAS melaksanakan hukum Islam?

Tidak juga. Guna juga sistem lama yang diasaskan oleh BN.

Mana bezanya dengan BN?

Sehingga sekarang, hampir semua orang sudah tahu gelagat PAS dan kuncu2nya.

Gelagat pembangkang tak pernah lepas sekalipun telah jadi kerajaan negeri seperti di Selangor dan Perak (singgah kejap).

Cuma tunggu di dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Sekian.

Ajijoi said...

wah...dah lama tak baca ngomelan drpd puntung.

masih cuba menegakkan benang yg basah. belum berhijrah lagi rupanya.

zambry mb yang sah? betulkah begitu?

masih lagi mengomel pasal kenapa tidak melaksanakan hukum islam. mungkin puntung lupa beza antara kuasa kerajaan negeri dgn kerajaan pusat.

kenapa tak tanya zambry soalan yg sama? jika benar mb yg sah, laksanakanlah hukum islam di perak.

sistem bn dulu banyak yg cuba diubah sehingga menggerunkan bn sendiri lalu gunakan rampasan kuasa utk menyelamatkan hayat bn di perak.

tak perlu tunggu pu13, bubarkan dun perak skrg utk rakyat buat pilihan sebenar samada masih relevankah zambry, umno dan bn di perak?

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Saya tidak menegang benang yang basah apatah lagi nak menegakkan benang yang kering.

Saudara bertanya adakah DS Dr Zambry MB Yang Sah.

Jawapan saya ialah YA, YA dan YA.

Saya tahu dan telahpun faham tentang kuasa kerajaan pusat dan negeri yang selama ini dikuasai oleh UMNO dan BN.

Semuanya terkandung dalam Perlembagaan Malaysia sejak dahulu lagi.

Saya tak perlu tanya DS Dr Zambry kerana beliau lebih faham berbanding dengan Nizar dan kalau Nizar fahampun dia buat2 tak faham.

Sistem, dasar, program, prosedur, aktiviti dan pentadbiran dalam sesebuah kerajaan perlu mengalami perubahan mengikut keperluan sesuai dengan tuntutan semasa seperti pengurusan ekonomi negara.

Berbanding Kelantan, tiada pengurusan ekonomi yang mapan,apatah lagi mana ada yang dikatakan pengurusan ekonomi yang digubal sesuai dengan tuntutan Islam oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Ini bermakna pengurusan ekonomi negeri itu masih menggunakan kaedah yang diamalkan oleh BN di Kelantan sebelum ini.

Mana sistem dan dasar PAS di negeri itu selama ini dalam pengurusan ekonomi contohnya?

Apa yang saya maksudkan selama ini ialah APA BEZANYA KELANTAN DI BAWAH TERAJU BN DAN PAS?

Itu baru masuk bab ekonomi belum masuk bab lain.

Untuk pengetahuan Ajijoi, pemerintahan Islam bukan terhad kepada politik semata2.

Cakap memang mudah.

Buat apa bubar DUN, Ajijoi.

Soalan saya, kenapa sebelum BN ambil alih PR (tak berdaftar) tidak bubar?

Masa itu mereka ada majoriti di mana BN tidak desak PR (tak berdaftar) bubar.

BN bukan bodoh untuk desak bubar kerana tiada majoriti.

Tapi PR (tak berdaftar) pula yang merengek2 minta bubar ketika kuasa sudah hilang.

Bukan BN saja yang bodoh kalau minta bubar semasa tiada majoriti, PR (tak berdaftar)juga lagi teruk bodohnya kalau minta perkara yang sama.

Sebabnya tak pernah dalam sejarah BN memerintah minta bubar DUN apabila tiada majoriti dan pernah dalam sejarah PR (tak berdaftar)minta bubar DUN ketika tiada majoriti.

Contohnya mudah.

Kalau dalam pertandingan bolasepak pasukan BN 1 dan PR 3, siapa yang berhak menang piala MB Perak?

Sudah tentulah PR (tak berdaftar). Dan BN tak minta piala itu diberikan kepadanya.

Sebaliknya, BN 3 PR 1, siapa pula yang berhak?

Sudah tentu BN. Tapi kali ini PR (tak berdaftar) berkeras nakkan piala itu. Tak malukah?

Itulah yang dimaksudkan selama ini.

Sekian.


.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kertas Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada Ogos 1963 di kediaman menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

Kemudian hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama kafir berikat.

Pengikut-pengikut Pas pun mulalah menyebarkan fatwa itu dari mulut ke mulut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Pusat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua sekampung ialah FELDA Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun 1975. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh negara dalam negeri Terengganu kecuali Kemaman kerana percubaan mendirikan sembahyang berasingan gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah tersebut.

Dengan kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, pada tahun 1974, Pas masuk bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional.

Segala hukum agama yang menyeleweng pun berhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu kembali tanpa mengira parti lagi.

Untuk membuktikan kebenaran pemerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini tiba-tiba keluarlah sebuah buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Buku itu dinamakan Sikap Saya bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15 Disember 1977 Masihi.

Pada muka surat 3, perenggan ke 4 dan 5 dalam buku tersebut ada merakam keputusan Dewan Ulama Pas Pusat iaitu:

Apa hukum Pas menyertai kerajaan campuran?”

“Kes ini atau sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan ulama. Sebab itu ia telah dibahas satu masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya : harus; dan kemudian dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk ‘diterjih’ mana satu pihak yang mesti diambil”.

Dengan itu jelaslah bahawa hukum yang dibawa oleh Pas untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (berikat) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata hukum ciptaan ulama Pas. Pimpinan Pas tidak berterus-terang dengan pengikutnya. Sebab itulah setelah Pas keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula.

Kalau dikirakan sudah jelas hukum jenis apakah apabila UMNO sahaja menjadi kafir tetapi apabila melakukan perkara yang sama menjadi harus pula.

Inilah kata orang “waharamun (haram) kalau makan seorang, wahalalun (halal) kalau bagi dua”.

Untuk lebih jelas lagi mengenai palsu dan karut-marut Pas ini ialah terjalinnya kerjasama Pas dengan DAP secara rasmi. (Harakah 12 April 1999).

Dengan itu terdedahlah segala yang tersembunyi.

Dalam kenyataan Nik Aziz pada 11 Mei 1999, barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menantangani perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi Islam iaitu kafir Yahudi di Madinah.

Oleh itu kata Nik Aziz, “Pas juga sanggup bekerjasama dengan DAP”

Persoalannya mengapakah sejarah Nabi berkongsi kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu disembunyikan oleh ulama Pas ketika menjatuhkan hukuman kafir berikat ke atas UMNO pada tahun 1963 dahulu?

Ketika itu Nik Aziz inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Jika mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) sebenar disisi Allah adalah orang yang zalim. Sila rujuk ayat 140 Surah Al-Baqarah.

Berdasarkan kepada kebenaran yang terserlah maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 lagi adalah tepat dengan sejarah Rasulullah di Madinah.

Pas sekarang mula meniru cara pendekatan UMNO setelah 46 tahun berlalu fitnah kafir berikat kepada UMNO. Jadi apa hukumnya pula sekiranya Pas dan DAP bergabung mengikut pandangan Pas dan ahli-ahlinya?

Sekian.

Mama Izzah Nabihah said...

usahlah dilayan org yang masih belum terang hatina ajijoi oii.. buang karan....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai AP dan Ajijoi,

Saya sedikitpun tak tersentuh kalau tak dilayan.

Kenapa tak mahu berhujah? Kalau ada fakta yang benar berhujahlah.

Seolah2 apa yang awak sokong PAS tanpa hujah bermakna sokong sebagai pak turut.

Untuk berjuang atas landasan Islam perlu pandai berhujah atas kebenaran. Ini tidak, dengan menggunakan blog anda tak tahu memberikan maklumat dari sumber kebenaran tentang perjuangan Islam.

Disinilah kelemahan anda dalam menyatakan sokongan anda terhadap PAS.

Nampaknya awak tak tahu apa yang diperjuangkan sedangkan beribu2 ceramah telah diadakan oleh ustaz awak semua.

Ini bermakna awak hadir ceramah bukannya ceramah agama tetapi mengembangkan ideologi politik PAS yang dinamakan CERAMAH POLITIK.

Saya rasa tak bermakna saya memberikan komen dalam mana2 blog yang pro PAS kerana mereka tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Apa yang saya sampaikan adalah secebis fakta sejarah politik PAS.

Saya boleh simpulkan bahawa awak semua tidak mampu berhujah mengenai persoalan apa, kenapa, bagaimana, siapa, untuk siapa dan bila dalam menyatakan sokongan kepada PAS dan dalam persoalan mengenai politik.

Contohnya, kenapa saya menyokong? Apa perlu saya menyokong PAS?

Jadi atas dasar apakah awak semua pro PAS tanpa mengetahui sejarah, pengetahuan Islam, politik dan lain2 yang bersesuaian.

Saya nak tahu semua ini untuk membolehkan saya mengemukakan hujah berlandaskan pengetahuan saya.

Sekian.

Followers