Tuesday, January 26, 2010

Komander Amal Tanjung Malim ditimpa malang

Malang tak berbau.

Siapa sangka rumah yang baru setahun diduduki musnah terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi. Rumah ibu kepada Komander Amal Kawasan Tanjung Malim, Saudara Azmi Abu Bakar hangus kira-kira jam 12.30pagi.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian hanya adik beliau yang berada di rumah tersebut yang mana ibu beliau berada dirumahnya sementara menunggu beliau pulang dari tugasan Amal di Slim River.

Alhamdulillah semua selamat, adik saya ada masalah mental, mujurlah dia boleh buka pintu dan berlari keluar.” Ujar beliau. Tambahnya lagi, kebakaran mungkin disebabkan api lilin ataupun dapur.

Jabatan Amal dan wakil kawasan yang baru selesai mengendalikan ceramah Anuar Ibrahim bergegas ketempat kejadian sebaik mengetahui berita tersebut. Bagi pihak Jabatan Amal kami mengucapkan takziah kepada beliau. Pastinya kejadian ini ada hikmahnya. Apabila kuat iman seseorang maka makin besarlah cubaan dan ujia yang datang dan bilamana dapat diharungi dengan baik sesungguhnya besarlah kurniaan Allah kepadanya.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...