Thursday, January 7, 2010

Ucapan cepat sembuh buat Dato Seri Nizar

MB Yang saya Sanjungi Jasanya. DiHarap My Beloved MB Nizar sembuh cepat. I am praying to My God Lord Muruga.

The Indian community at large still wants u to lead Perak.
Pray for speedy recovery.

M.M. Nadarajah Muniandy

- diterima melalui e-mail

Anda juga boleh menyampaikan ucapan anda kepada Dato Seri Haji Nizar melalui ruangan komen yang disediakan.

Pastikan anda sertakan nama anda didalam komen tersebut.
Insya-Allah akan saya sampaikan kepada beliau.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Ketika memandu di jalan raya memang perlu sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan.

Difahamkan kemalangan itu berlaku berhampiran dengan Istana Raja Muda Perak dan Bangunan UMNO Perak.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKO)tak nak gosip apa2. Mungkin Ajijoi boleh faham kenapa berlaku di situ.

Kita perlu muhasabah diri sendiri di mana saja kita berada termasuk di jalan raya dan di gelanggang politik.

Kemalangan yang dihadapi oleh Nizar patut diambil iktibar kerana sesuatu yang yang buruk sukar dijangka dan tidak berbau.

Difahamkan bahawa MB Yang Sah, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir telah melawat beliau dengan seikhlas hati sebagai saudara seagama.

Walaupun seperti disambut dingin, perkara ini tidak menjadi hal kepada beliau yang lawatan ini tidak diketahui oleh pemberita.

Persoalan yang menjadi tanda tanya yang bermain di kepala kita selama ini ialah pandangan ahli dan pemimpin PR (tak berdaftar) seperti PAS mengenai sesuatu BALA yang menimpa ahli dan pemimpin parti politik.

Sekiranya kemalangan atau sesuatu yang buruk itu menimpa ahli dan pemimpin BN dan UMNO sudah pasti dikatakan BALA.

Tapi bagaimana pula dalam kes ini?

Apa yang difikir selama ini ialah segala yang buruk menimpa pemimpin UMNO dan BN dikatakan BALA dan sebaliknya BUKAN BALA tetapi kemalangan atau cobaan (dalam filem P Ramlee) dan musibah sahaja.

Bala dan musibah tidak banyak bezanya cuma perkataan musibah lebih Islam untuk disebut oleh PAS untuk menggambarkan perjuangan Islam.

Walaupun begitu, kami mendoakan supaya Nizar cepat sembuh dan jadikan ini sebagai pengajaran di mana saja kita berada.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN DI GELANGGANG POLITIK.

Sekian.

Followers