Bila diumumkan bahawa keputusan perbicaraan kes siapa Menteri Besar Perak yang sah akan diketahui pada 9 Februari ini, ramai yang begitu teruja, gembira dan tak sabar rasanya untuk mengetahui keputusan yang dinantikan sejak 3 bulan yang lalu.
Sehinggakan ramai yang telah memohon cuti pada tarikh tersebut manakala Pas Perak pula menyediakan bas kepada ahli-ahli dan penyokong parti untuk turut serta ke Istana Keadilan, Putrajaya dimana bertempatnya Mahkamah Persekutuan itu. Bagaikan pesta menyambut kepulangan Menteri Besar kenegeri tercinta.
Orang ramai telah dapat mengagak akan keputusan yang akan dikeluarkan pada hari itu. Jika keputusannya memihak kepada Zambry, sudah tentu keputusannya diisytihar pada 5 Nov yang lepas (perbicaraan yang terakhir sebelum ini). Tetapi, oleh kerana keputusannya memihak kepada Nizar, maka pengumumannya ditangguhkan selama mungkin bagi Umno/BN membuat pelbagai persiapan bagi menghadapinya.
Walaupun sebenarnya Nizar adalah Menteri Besar yang sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 manakala Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan keputusan itu pada 22 Mei 2009. Penangguhan itu tidak bermakna lucutnya jawatan Menteri Besar Perak daripada Nizar dan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru.
Jika dibaca melalui kanta politik, bukan semudah itu untuk Umno/BN menyerahkan kembali jawatan Menteri Besar Perak kepada Nizar. Jika dibiarkan Mahkamah Persekutuan mengumumkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Feb nanti, sudah pasti Nizar akan memohon mengadap Tuanku Sultan Perak bagi pembubaran Dun. Itulah janjinya kepada rakyat Perak jika kemenangan kes ini memihak kepada beliau.
Sungguhpun pembubaran Dun dan pilihanraya negeri tidak dapat dielakkan lagi, sekurang-kurangnya kuasa sebagai 'caretaker government' akan dipertahankan Umno/BN supaya memudahkan mereka menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan bagi membantu mereka didalam pilihanraya negeri Perak nanti.
Bagaimana untuk mengekalkan kuasa 'caretaker govenment' itu? Sudah pasti Umno Perak akan memohon untuk mengadap Baginda Sultan Perak bagi memperkenankan pembubaran Dun sebelum 9 Februari. Mungkin 5 atau 8 Februari.
Jika diperkenankan Baginda Sultan, bermakna Umno/BN masih berkuasa untuk mempergunakan (memperkudakan) kesemua agensi kerajaan negeri Perak (termasuklah sumber kewangannya) semaksimum mungkin bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak.
No comments:
Post a Comment