Friday, January 15, 2010

Imam masjid jadi pelepas dendam


Angin bertiup membawakan berita gosip mengisahkan imam sebuah masjid yang membenarkan pembesar dari sebuah parti pemerintah yang membangkang telah KANTOI dan diasak bertubi-tubi oleh mamak SS, Datuk Bandar dan Pengarah sebuah agensi agama kerajaan negeri.

Reaksi dari tindakan imam tersebut memungkinkan tindakan ditukarkan atau dipetisejukkan sepertimana yang berlaku pada imam² masjid yang pro kepada parti pembesar tersebut sebelum ini diambil. Alasan yang digunakan ialah membenarkan pembesar parti pemerintah yang membangkang itu menjadi imam solat Jumaat walaupun pembesar tersebut tidaklah dijemput membacakan khutbah sepertimana syarat yang diputuskan oleh memanda Raja Muda.

Apa yang mendukacitakan ialah penglibatan pengarah agensi agama kerajaan negeri itu sendiri dalam hal ini. Sebelum ini kecoh mengatakan pengarah agensi agama kerajaan negeri ini seorang yang cenderung kepada parti pembesar yang menjadi imam solat Jumaat tersebut walaupun telah disanggah berkali² olehnya. Sehinggakan yang terbaru, rombongan yang telah diaturkan oleh pembesar yang menjadi imam solat Jumaat itu dibatalkan pada saat² akhir hinggakan timbul tandatanya ianya diambil bagi mengelakkan rasa marah pembesar parti perampas kuasa yang sedang memerintah sekarang.

Alahai malang sungguh andai pengarah yang memegang amanah agama itu melakukan perkara sedemikian. Dimanakah silapnya perbuatan imam tersebut? Aku andaikan bukan imam tersebut tidak mahu menjemput pembesar parti perampas kuasa itu menjadi imam tetapi ditakuti solat Jumaat hari tersebut akan bertukar menjadi solat Zohor sahaja memandangan kesemua makmum berlumba² melarikan diri dari mengikut pembesar tersebut sembahyang. WALlahua’lam

http://shamsuleffendey.wordpress.com/

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Jika tak keberatan tolong siarkan artikel ini iaitu sebuah blog yang menghina Islam dan mari kita sama2 menlenyapkan blog itu.

http://mran3238.wordpress.com/2010/01/14/blog-dengan-nama-islam-menghina-islam/

Disini juga saya ingin membuat tukaran link dengan blog Ajiijoi dan lagi satu mohon izin untuk copy mana2 artikel dari blog Ajiijoi untuk diletakkan diblog saya.

http://mran3238.wordpress.com

wassalam

Followers