Tuesday, January 26, 2010

Ust Misbah nafi ada pegawai khas DS Nizar ditahan SPRM

IPOH: Setiausaha PAS Negeri Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki menafikan kononnya seorang Pegawai Khas Dato' seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya berita yang keluar di TV 3 malam tadi kononnya seorang Pegawai Khas Ir Nizar ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas beliau dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di Pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

"Sejak petang semalam sehingga hari ini, saya menerima panggilan talipon dan mesej bertanyakan hal tersebut, saya semak semua pegawai-pegawai khasnya dan bekas pegawai-pegawai khasnya. Saya dapati tidak ada seorang pun yang ditahan atau dihubungi oleh pihak SPRM mahupun polis," katanya.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat dan sengaja hendak memburuk burukan Dato' Seri Nizar dan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau lagi, sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada Dato' Seri Mohamad Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya.

"Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM," jelasnya..

Berita yang keluar di TV3 malam tadi katanya, cukup memalukan dan telah menjejaskan reputasi Dato' seri Nizar sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.

1 comment:

bukitgantang said...

teman ni..sprm takle hubungi..nak rasuah gapa dia...poket teman pun selalu tiris...mana ada peruntukkan utk Ahli Parlimen di beri..ketua bahagian sapu...bahagian yang bukan bahagian dia...sepatutnya bagi le peruntukkan Ahli Parlimen...boleh juga sprm helo-helo teman...ini sprm Taiping ada berani ka call YB Rosli...hak yg ngaku pegawai khas..disyaki terlibat ..dlm kes PASIr.. teman ini soal pasir 2 butir aje...dari kg pasir berdengung..he he

Followers

Video ajijoi

Loading...