Sunday, January 17, 2010

XPDC Go-Land kali ke 5 dilancar di Gopeng

GOPENG 17 JAN Program 'Konvoi Bermotosikal Pemuda Pakatan Rakyat' atau dikenali sebagai XPDC Go-Land (Gopeng ke Cameron Highland) kali ke 5 telah dilancarkan dengan jayanya di Gopeng pagi tadi.

Pelancaran program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Gopeng itu telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Sdr Radzi Zainon dan juga Adun Teja, YB Chang Lih Kang.

Seramai 95 peserta telah mengambil bahagian dengan menunggang motosikal masing-masing sambil dikawal selia oleh Marshal daripada Unit Amal Pas dan AMK Keadilan Gopeng.

Perjalanan konvoi daripada Pusat Khidmat Keadilan Gopeng melalui Tapah ke Cameron Highland dan kembali ke Gopeng melalui Lebuhraya Simpang Pulai dijangka selesai sekitar jam 6.30 petang.


Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi

YB Chang Lih Kang tiba jam 8.30 pagi

Sarapan pagi disediakan untuk semua peserta

Kesemua Marshal bersarapan pagi berjemaah


Peserta bersedia untuk mendengar taklimat


Marshal dengan gaya mereka tersendiri

Kesemua kaum turut bersama

Pengerusi majlis pelancaran, Imam Kamalullail






Bacaan doa oleh Ustaz Azmeer Munawar

Memohon keselamatan dalam perjalanan




Ucapan oleh Sdr Radzi Zainon




YB Chang Lih Kang memberikan ucapannya

YB Chang yang pulang daripada Kedah malam tadi
dan tiba dirumah jam 4.30 pagi tetapi masih
bersemangat untuk bersama-sama pemuda Pakatan


Cenderahati kepada YB Chang daripada wakil Pemuda Pas
Kawasan Gopeng, Sdr Bakar

Sdr Tomi yang mewakili AMK Keadilan Gopeng
menyampaikan cenderahati berupa t-shirt XPDC
Go-Land kepada Ust Radzi

Sdr Rosli selaku Ketua Marshal sedang memberikan
taklimat mengenai perjalanan dan keselamatan
kepada semua peserta



Ahso yang turut bersemangat untuk menyaksikan
peserta-peserta Go-Land berlepas. "Lu tak mau ikut
kita orang ka, Ahso?" usik Haris. "Chisin..."jawab Ahso itu

Sdr Bakar memberikan sedikit taklimat kepada semua

Keazaman untuk menjayakan program pagi ini dikongsi
bersama-sama

2 comments:

semangatbesi said...

Gambar lu kat cermin tu memang sempoi la.. Good Idea.

Azizul Nizam said...

Cuma yang prihatin saja dapat menilainya.

Followers

Video ajijoi

Loading...