Sunday, January 10, 2010

Bubar Dun Perak, bangunkan ekonomi rakyat

IPOH, 11 Dis: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis perundangan di Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)."

Beliau membidas kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu memberi fokus untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri, akan tetapi Umno BN dalang sebenarnya yang mencipta krisis di Perak dengan agenda rampasan kuasa secara haram yang dilakukan mereka.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Pakatan Rakyat Perak sudah lama mahu menyelesaikan krisis di negeri itu supaya negeri terus membangun dan menarik pelabur asing dengan mencadangkan pembubaran Dun.

Menurut beliau Zambry sendiri tidak menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda, yang berpunca Dari Umno BN sendiri.

"Saya menggesa Datuk Seri Zambry kalau beliau benar-benar ikhlas mahu melihat Perak kembali cemerlang dalam urusan pentadbirannya dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmorni serta menarik pelabur asing datang tanpa ragu-ragu datang ke Perak maka jalan terbaik adalah DUN Perak perlu dibubarkan” tegas dalam ucapan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat sudah tentu kami menyambut baik sebarang tindakan untuk selesaikan krisis Perak dengan dibubarkan DUN kerana itulah yang paling adil dan memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan.Kalau tak dibubarkan DUN,krisis tidak akan selesai," katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyifatkan harapan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk melihat krisis di Perak selesai hanyalah kenyataan retorik semata-mata dan ianya hanya lakonan pembohongan semata-mata..

Sebenarnya, kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir Perak itu mempamerkan kebimbangannya kerana menyedari sebenarnya rakyat dan undang-undang tidak menyebelahinya, dan sepatutnya Umno/BN perlu buat persiapan untuk pembubaran DUN Perak yang dijangka tidak lama lagi akan berlaku.

"Beliau juga menegaskan supaya Umno/BN jangan cuba lari dari kenyataan bahawa rakyat mengetahui kezaliman yang dilakukan mereka serta undang-undang tidak menybelahi mereka dalam krisis perundangan negeri Perak ini” katanya

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, para pelabursemestinya mahukan satu keyakinan dan kestabilan politik dan ekonomi di Perak ini. Selagi perkara ini tak terjamin mereka tidak akan datang., dan hakikatnya apa yang sedang berlaku di Perak ini sebenarnya tidak memberikan ruang untuk percambahan aktiviti ekonomi ini kerana pelabur tidak yakin
untuk melabur dengan keadaan yang tidak stabil di Negeri Perak ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...