Thursday, January 21, 2010

Para guru mangsa terbaru 1Malaysia

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/guru.gifKUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

1 comment:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai ajijoi,

Betulkah bahawa elaun COLA dan gaji hendak dipotong?

Ini semua karut belaka.

Kakitangan Perbendaharaan yang berkata demikian bukanlah orang yang sesuai dan berkuasa untuk mengatakan hal ini.

Janganlah nak dijadikan modal politik sahaja.

Walaupun kerajaan berhak menarik balik elaun COLA kerana ia tidak tertakluk kepada undang2 tapi kerajaan juga bertimbang rasa.

Inikan pula kerajaan nak potong gaji kakitangan dengan semudah itu sedangkan ia tertakluk kepada undang2.

Apa lagi dalam blog ini ceritakan benda yang hendak dipolitikkan oleh blogger pro PAS.

Kerajaan BN tidaklah sebodoh Kerajaan Empat Negeri PR (tak berdaftar).

Ingat tak lagi Kerajaan Terengganu di bawah PAS pada tahun 1999 dahulu?

Pecat pegawai seperti di TATI, menutup dewan untuk tadika KEMAS, sembahyang dua imam, isu masjid dan lain2 aksi pemerintah Terengganu pada masa itu.

Tekaan saya selama ini adalah betul bahawa PAS tidaklah pandai memerintah dan mentadbir di mana rakyat negeri Terengganu mengambil keputusan menolak PAS pada tahun 2004.

Nak tahu reaksi Hadi?

Beliau tak mahu terima hakikat kekalahan dalam pilihanraya 2004.

Saya minta jasa baik Ajijoi untuk memasukkan komen Nizar, bekas MB yang sah (tempoh jawatan MB 11 bulan)mengenai sokongan Melayu Perak dalam blog ini.

Beliau meramalkan sokongan orang Melayu merosot sebanyak 7% hingga 8%.

Kata2 Nizar adalah benar tetapi sebenarnya kemerosotan sokongan orang Melayu dijangka lebih daripada angka itu.

Adakah PAS mengambil iktibar kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004?

Jawapannya tidak.

Jadi tunggulah keputusan orang Melayu Perak pada pilihanraya akan datang.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...