Mahfuz: Pengumuman Nazri lebih rumitkan lagi isu 'Allah'
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, bukan sahaja kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan."Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.
Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung juga mesti menghormati larangan tersebut.Nazri menyatakan demikian satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.
Menteri itu berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.
Mahfuz adalah antara pemimpin PAs yang paling lantang mengkritik cara kerajaan menangani isu tersebut, yang telah mengakibatkan berlakunya insiden di mana beberapa gereja dibaling bom api dan menjadi sasaran perbuatan vandalime.
Insiden tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya.
-malaysiakini
Ajijoi ~ Nampak gayanya penganut Kristian disemenanjung kenalah ke Sabah atau Sarawak kalau nak gunakan nama Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Kuasa undi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah melondehkan 'kegarangan' umno/bn dalam mempertahankan penggunaan nama Allah selain orang Melayu Islam.
2 comments:
Baru padan dengan muka orang yang berdemo tentang isu ni. kalau tak tau jangan bising, asyik marahkan pembangkang je. Pembangkan tak berdemo kerana ada sebab. kerana isu ini sebenarnya adalah umpan untuk jatuhkan pembangkang. kalau betul perkara ini perkara baik dah tentu pembangkang berdemo habis-habisan, pasal ini soal agama.
Betul, betul, betul....kata upin dan ipin.
Post a Comment