Sunday, January 24, 2010

Hari pendaftaran pelajar Tadika Islam Jing Zheng berjalan lancar

Pada pagi 17hb Jan 2010 (Ahad), Guru Besar, Puan Zurina, AJK Lembaga Pengurus Tadika Seruan Islam dan AJK Lembaga Pengurus Sekolah Islam Jing Zhen dan isteri mereka telah hadir lebih awal untuk memastikan segala persediaan Hari Pendaftaran Pelajar telah siap dan sempurna. AJK Sekolah Islam Jing Zhen yang hadir termasuk Prof. Madiah Dr. Ahmad Kamil bersama isterinya Azlina Binti Isa, Prof. Madiah Ahmad Mustafa bersama isterinya Zarina Binti Azhari, saudara Firdous Mok dan penyelaras Tadika dan Sekolah Haji Kamal Koh.





Pada jam 10 pagi, para ibu bapa mulai tiba bersama anak-anak mereka. Mereka bergilir mengisi borang pendaftaran, sementara itu anak-anak bermain dan berseronok dalam bilik kelas dengan ditemani dan diawasi oleh 4 orang guru berasal dari negeri China. 4 orang guru ini termasuk pasangan suami isteri Isa Yang Zilong dan Aishah Xiang Xiao yang baru tiba ke Malaysia pada 9 haribulan Januari dan akan memulakan tugas mengajar pada 18hb Jan; Ruqiah Ma Xiaomei yang sedang mengikuti kuliah di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah; beliau insha Allah akan menyertai pengajaran di Tadika pada bulan Mac selepas tamat mengikuti kuliahnya; Fatimah Suo Yanmei merupakan sukarelawan yang akan memberikan bantuan dan bimbingan berkaitan dengan sabjek Bahasa Arab. Beliau memiliki ijazah sarjana (MA) di bidang pengajian Syariah Islamiah dan sedang menunggu kelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, yang juga merupakan Yang Di Pertua Persekutuan Seruan Islam telah tiba pada jam 10.30 dan mengunjungi bilik kelas tadika aliran mandarin untuk melihat kelengkapannya.


Pada jam 10.45 para ibu bapa telah berkumpul di dewan himpunan pelajar untuk majlis taklimat dan dialog. Pengerusi lembaga pengurus tadika, Haji Abdullah telah menyampaikan ucapan alu-alauan dan diikuti oleh ucapan utama oleh Dato Sheikh Mohd Nor. Dalam ucapan Dato Sheikh Mohd Nor, beliau telah memberikan tekanan mengenai pentingnya usaha dakwah kepada masyarakat Cina melalui bahasa Cina dan kelas tadika aliran mandarin merupakan usaha ke arah melahirkan generasi muslim yang mampu menguasai bahasa Cina.

Haji Kamal Koh selaku penyelaras tadika aliran mandarin telah memberikan taklimat mengenai latar belakang dan misi penubuhan tadika aliran mandarin dan Sekolah Islam Jing Zhen yang akan memulakan program pelajaran darjah satu tahun 2011. Beliau juga memperkenalkan guru-guru kepada para ibu bapa.


Majlis diakhiri dengan sesi soal jawap di mana beberapa kemusykilan dan cadangan ibu bapa telah dijawap oleh Guru Besar Zurina.

2 comments:

athirah kamal said...

Salam.bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat yang lengkap tentang tadika ini?saya berminat utk buka cawangan di sungai petani.

Norash Vision Trading said...

Mungkin tadika ni dah tamat operasi.sebab blog tak update sejak 2010 lagi...

Followers

Video ajijoi

Loading...