Saturday, January 23, 2010

Senarai ahli Umno akan didedahkan

Satu perkembangan yang baik. Jika sebelum ini, parti Umno hanya mempunyai borang kemasukan ahli tetapi tiada borang keluar ahli. Seorang rakan yang telah memeluk Pas dan ingin membuang jauh namanya daripada rekod Umno tetapi tidak dapat berbuat demikian apabila ke Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan diberitahu bahawa tiada borang keluar ahli disediakan oleh Umno Pusat.

Pendedahan senarai ini juga dapat membongkar mana-mana ahli Umno yang menyusup dan mengaku sebagai ahli parti PAS, PKR mahupun DAP. Maka, ramailah nanti akan terdedah identiti sebenar mereka yang selama ini memakai topeng munafik berkeliaran disekeliling kita.

Begitu juga mana-mana individu yang mengaku mewakili sebarang NGO akan mudah dikenalpasti sebagai barua Umno.

Senarai ahli Umno dipamer mulai 15 Mac

Senarai terkini ahli Umno akan dipamer selama sebulan di semua pejabat cawangan dan bahagian parti mulai 15 Mac ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memutihkan senarai keahlian selain mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.

"Menerusi proses pemutihan ini kita akan mengeluarkan nama ahli Umno yang telah meninggal dunia atau berpindah parti," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata bagi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pula boleh membuat aduan di semua pejabat cawangan Umno atau menghubungi ibu pejabat parti.

"Senarai sebenar ahli Umno akan dikeluarkan sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula Mei ini," katanya.

Sehingga kini Umno mempunyai 3.6 juta anggota.

- Bernama

2 comments:

ju said...

Ye ke ahli umno ade 3.6 juta?Deme pun ade ahli hantu juge kot,sebab tu suke jadi pengundi hantu.Boleh le kite tau sape umno totok tu,yg ade dtg,ngendap waktu prog Pas.

bijan said...

eeeeeee..ramai akan malu FREE....nasib baik saya tak pernah sign Borang UMNO....kalau ada nama wa saman....tapi mana nak letak muka kalau ada nama wa...eeeee,jijik tull nak ngaku umno...

Followers