SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Ke-55 hari ini meluluskan usul tergempar mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Siasatan Diraja bagi menyiasat kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Usul yang dikemukakan oleh perwakilan dari Tambun, Dr. Khairuddin Malek itu menggesa supaya suruhanjaya tersebut menyiasat bagaimana kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat boleh dijatuhkan.
''Kita mahu aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan tersebut.
''Kita yakin hanya dengan penubuhan suruhanjaya tersebut dapat menyiasat mengenai kes ini,'' katanya sewaktu membentangkan usul tersebut di sini hari ini.
Perwakilan dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika membahaskan usul berkenaan berkata, melalui penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan dapat mendedahkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa mendalangi kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat gabungan PAS-PKR-DAP selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.
Usul tersebut diterima sebulat suara.
1 comment:
blog speaker perak
suara perak
speakforperak.blogspot.com
terima kasih
Post a Comment