Friday, June 5, 2009

Hassan, Samad Said terima Anugerah Pejuang Bahasa PAS

TERIMA ANUGERAH Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan anugerah tokoh bahasa kepada bahasa Datuk A Samad Said and Datuk Dr Hassan Ahmad ketika majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS 55 di Melawati Stadium, Shah Alam.

SHAH ALAM: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad menerima Anugerah Pejuang Bahasa yang disediakan PAS.

Hassan juga merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP).

Samad pula merupakan Penasihat GMP.

PAS turut menyokong usaha memansuhkan PPSMI. Ini kali pertama PAS menyediakan anugerah tersebut.

Kelmarin, Samad turut mendeklamasikan sajak pada sesi pembukaan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-50 di Gombak.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti itu mengadakan anugerah bagi mengiktiraf perjuangan mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...