Thursday, June 4, 2009

Perwakilan Perak pakai baju hitam


Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.

pas perak rep wearing black 040609Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.

Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar...macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."

Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.

Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN mengambil alih kuasa di negeri itu daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Perak mempunyai dua menteri besar - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan) dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir (BN)a.

pas youth muktamar 55 perak delegates black shirt and armband 040609 01Nizar kemudiannya membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat pengisytiharan menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, Zambry telah merayu ke Mahkamah Ryuan yang kemudiannya mengisytiharkan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...