Sunday, June 28, 2009
TG Nik Aziz minta ampun dengan tuhan setiap hari, Muhyiddin?
Ternyata kenyataan Muhyiddin yang meminta TG Nik Aziz meminta ampun dengan Tuhan menyerlahkan betapa beliau belum mengenali siapa sebenarnya TG Nik Aziz.
Umum tahu bahawa TG Nik Aziz senantiasa mendekatkan diri dengan Allah terutamanya pada solat-solat Tahajjud malamnya. Apakah beliau tidak meminta ampun dengan Allah setiap kali mengerjakan amal ibadat hariannya?
Bagaimana pula dengan Muhyiddin? Adakah dia membiasakan dirinya meminta ampun dengan Allah? Muhasabahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyarankan sesuatu yang mempamirkan kerendahan akal dilhalayak umum.
Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tuhan, kata Muhyiddin
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.
"Beliau (Nik Aziz) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO, kerana ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, tetapi dia perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara 2009 (Pewaris) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Universiti Sains Malaysia di Kampung Jayor, Jorak, di sini.
Muhyiddin ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz pada satu majlis ceramah politik di Manik Urai, Kelantan, pada 21 Jun lepas yang menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.
Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.
"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.
Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, para ulamak boleh memainkan peranan dengan menegur tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai mencampuri urusan dalaman parti.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya pada petang esok. BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment