Thursday, June 25, 2009

Apak jatuh tangga...

Lena yang dibuai ubat batuk malam tadi tersentap apabila terdengar bunyi deringan telefon. Kepala yang masih berat seakan mimpi mendengar isteri bergegas bangun menjawab telefon.

Sekali lagi lena disentap oleh goyangan badan digerak isteri.

"Apak jatuh tangga..." katanya. "Mak telefon suruh abang datang tengok apak" sambungnya. Perkataan yang lainnya hanyalah bagai desiran ombak yang entah apa benda maksudnya.

"Abang larat ke tidak pergi ni..."tanyanya lagi.

Kali ni deringan telefon bimbit pula yang menjagakan aku.

"Kamu dah tau ke apak jatuh tangga tadi? Kamu nak pergi sendiri rumah mak ke, atau kamu nak ikut Aceh? Kalau nak ikut dia, sikit lagi dia datang ambik kamu" tanya adikku Zura dicorong telefon.

"Ha...aku ikut dia je le" jawabku malas memaksa membuka mata. Intai jam ditelefon bimbit, 4.06 pagi. Lalu aku bangun dari katil bagaikan orang mabuk untuk bersiap sementara menunggu Aceh datang.

"Mak kata tadi, apak bangun nak kencing. Dia pening agaknya. Tu yang terjatuh tangga tu. Bibir dia berdarah. Tak henti lagi darahnya. Tangannya lebam. Kepala bengkak terhentakkan meja marmar kecil hujung tangga tu" terang isteriku sementara aku bersiap.

"Ya Allah...kesiannya apakku"keluhku dalam hati.

Sampai dirumah mak, jam 4.15 pagi. Mak dan adikku Liza sedang menyiapkan kain apak. "Nak kena bawak ke hospital ni", kata mak. "Takut kalau-kalau ada yang patah"tambahnya lagi.

Ku lihat apak hanya duduk termenung. Antara sedar dengan tidak apabila aku ajukan soalan padanya. Bibir bawahnya terbelah, masih berdarah. Giginya patah sebatang. Ditangan kanannya kelihatan lebam membiru.

Aku mengira anak tangga tempat apak jatuh. 10 kesemuanya. Memang tinggi. Nasib baik apak tak teruk.

Jam 4.35 pagi kami sampai di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (dahulunya dikenali dengan nama Hospital Besar Ipoh). Suasana agak lengang. Tidak ramai yang mendapatkan rawatan waktu itu.

Setelah diusung dengan kerusi roda ke dalam wad kecemasan, kami hanya menunggu diluar. Aku cuba melelapkan mata kembali kerana terasa mengantuk yang amat. Penangan ubat batuk semalam barangkali.

Setengah jam kemudian, aku dipanggil untuk masuk ke dalam berjumpa dengan doktor yang merawat apak.

"Kami dah ambil darah pakcik ni untuk periksa sama ada dia ada darah tinggi ataupun kencing manis. Semuanya ok. Sekarang encik ikut pakcik ni ke wad pengawasan untuk ujian jantungnya ya"kata doktor perempuan melayu yang bertugas pagi itu.

Di wad pengawasan, jururawat disitu melakukan ujian tekanan darah dan juga ujian pemeriksaan jantung apak.

"Sekarang pakcik ni kena rehat disini selama tiga jam untuk kami pastikan dia tidak pening lagi ataupun muntah akibat jatuh tadi sebelum boleh balik"terang seorang jururawat cina kepadaku.

Jam ditangan menunjukkan jam 6.30 pagi. "Mesti kena tunggu 3 jam baru boleh balik ke?"tanyaku pada jururawat tadi.

"Ya..lepas 3 jam baru boleh balik"Jawabnya ringkas.

Akupun hantar sms kepada Liza suruh balik dulu. Kesian mak tunggu lama-lama di hospital. Jam 9.30 pagi nanti datang ambil aku dan apak.

Selama 3 jam itulah aku cuba melelapkan mata kembali. Namun, hanya mata yang terpejam tetapi telinga mendengar kesemuanya yang berlaku disekeliling.

Jam 8.30 pagi, handphone berdering. Chu (adik apak) menanyakan apak ada dimana sekarang. Mak telefon memberitahu dia pagi tadi.

Setelah aku membawa masuk Chu kewad berjumpa apak, aku keluar sebentar membelikan suratkhabar Sinar Harian yang sedari tadi diminta oleh apak.

Tengah rancak mereka adik beradik berbual, jururawat datang mendekat. "Maaf encik, hanya seorang saja yang dibenarkan untuk menunggu pesakit disini."katanya kepada Chu.

Chu yang faham dengan peraturan hospital lalu meminta diri untuk pulang.

Jam 9.20 pagi, seorang doktor datang melawat apak, lalu membenarkan apak dibawa pulang.

Apak aku lihat bagaikan seorang anak kecil yang hanya menurut kata tanpa membantah walaupun umurnya kini mencecah 73 tahun. Mungkin masih terkesan gegaran dan kejutan semasa berguling jatuh 10 anak tangga padi tadi.

Hanyalah doa yang aku bekalkan menemaninya sehingga dia kembali sembuh dan sihat.

5 comments:

Anonymous said...

simpati ku bersama mu.Kamu mmg seorang anak yg soleh!Tinggi tu 10 anak tangga - buatlah tangga bergerak...

TBO said...

salam jijoi

jagelah apak mike mentare masih ade keme ni udah tak mandang dah apak keme

Ajijoi said...

terima kasih bebanyak le. saya cuma jalankan tugasan sebagai seorang anak.
selagi apak bernyawa dan berada dipandangan mata, hanya setakat yang terdaya dan termampu saja saya berikan kepadanya.
nak balas jasanya pada kami anak-anak selama ni, tak terbalas jasanya.

yai72 said...

sejuk ati teman membaca cerita ni,moga dapat di contohi amalan ni oleh setiap anak2 muda,teman doakan moga apak mike cepat sumbuh.amin..

ummu saifuddin said...

Semoga diberi kekuatan menempuh ujian hidup...semoga ayahanda cepat sembuh..

Followers