Saturday, June 6, 2009

Muktamar PAS lancar kempen bubar DUN Perak

TURUT SERTA..Pemimpin PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin turut merasmikan kempen bubar DUN Perak.

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-55 hari ini melancarkan pemakaian lilitan tangan tertera "Bubar DUN" bagi mendesak Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Sebagai tanda pelancaran kempen itu, perwakilan dan pemimpin PAS yang menghadiri muktamar kali ini mengenakan lilitan pada tangan ataupun kepala masing-masing.

BUBAR DUN PERAK..Perwakilan yang hadir memakai pengikat kepala yang tertera tulis 'bubar DUN Perak' pada majlis persamian kempen tersebut sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam.

Ketika mengumumkan pelancaran kempen itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, pihaknya berbuat demikian bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan hak dikembalikan kepada rkyat.

Krisis politik Perak bermula Februari lalu.

No comments:

Followers