Saturday, June 27, 2009

Bala menanti bila Umno buat aduan polis terhadap Tok Guru Nik Aziz

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.

Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara
ini," Anuar dipetik berkata.

Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.

Ajijoi ~ Satu tindakan yang kurang ajar terhadap Tok Guru. Nantikanlah balasannya.

1 comment:

serupasekala said...

hak rakyat yang kecewa tu ore umno le.

kalu rakyat atas pagar ( tak ada parti ) dan rakyat yang faham kitab faham alquraan dak lagu tu. mereka terima cakap nik aziz.

kalu umor dah lebih 50 bermakna rumah kata pergi kubur kata mari.

sekali sekala ingat azab kubur dan azab dipadang masyar baru le sedar bahawa jalan mana yang akan dilalui ! jalan yang diredai oleh ALLAH.

TEPUK DADA TANYA SELERA.

YANG TAKUT AZAB SEMASA MATI

ISMADA.

Followers