Tuesday, June 16, 2009

Ulasan Buku: Telaga Budi - Tuan Guru Nik Abdul Aziz


"Ke arah menyempurnakan nikmat kehidupan, Allah SWT bekalkan pula manusia dengan nafsu. Di sana ada nafsu baik dan ada nafsu jahat.

Untuk kawal, pantau, imbang dan kendali perjalanan nafsu yang bercabang dua ini supaya sentiasa berada di titik tengah kesederhanaan, Allah SWT membekalkan pula manusia dengan Al-Quran. Khuatirkan kekeliruan, Allah lantik pula Nabi yang bernama Muhammad SAW yang bersifat dengan segala sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonah bagi menterjemahkan kehendak Al-Quran setepat-tepatnya dalam realiti kehidupan.

Oleh kerana Al-Quran ini datang daripada Allah SWT yang Maha Mulia, turun dari langit kemuliaan dan hamba yang menyambut wahyu itu pula adalah semulia-mulia insan, maka dari sinilah Nik Abdul Aziz membuat penegasan.

Beliau mengatur ayat-ayat yang dipetik di atas ini dalam susunan yang sangat teliti. Beliau mewajarkan faktor ataupun logik kenapa Al-Quran itu penuh dengan kemuliaan.

Tidak berhenti setakat itu, kita lalu dihantar kepada mauduk ataupun persoalan hidup yang sangat penting iaitu punca yang boleh membawa seseorang kepada maqam kemuliaan atau kehinaan. Dalam hal ini, Nik Abdul Aziz lalu mengesahkan bahawa hanya orang yang mengamalkan Islam, memperjuangkan Islam, rela bersusah-payah untuk Islam, berkorban demi Islam, hidup kerana Islam; bahkan rela mati kerananya - ini sahaja orang-orang yang berkemuliaan. Hidup hamba Allah baik bertaraf individu ataupun pertubuhan ataupun parti, orang ataupun pihak seperti ini sahaja yang akan hidup dengan maruah dan kemuliaan. Sebaliknya, baik individu ataupun pertubuhan ataupun parti yang membenci Islam, tidak selesa dengan Islam bahkan menentang Islam, maka dia akan berada dalam kehinaan.

Walaupun dia mungkin berstatus tetapi dia hidup tidak bermaruah. Statusnya dan maruahnya cuma dibina atas saduran wang, emas dan gelaran. Dia boleh tertipu dan terus lagha dalam buaian gelaran pangkat, wang dan segala pakaian kebesaran. Rugilah dia kerana tidak berkesempatan mensucikan rohnya, bahkan terus leka mengotorinya. Beruntunglah orang-orang yang sebaliknya.

Pendek kata, sebagai Tuhan, Allah SWT tentunya mempunyai segala sifat yang cukup mulia. Siapa sahaja yang memuliakan-Nya, akan turut mulia dan segala apa yang dihina oleh-Nya akan turut hina.

Islam adalah agama yang mulia kerana Allah sendiri memuliakannya. Yang selain darinya semuanya hina. Tauhid adalah akidah yang mulia kerana Allah memuliakannya. Syirik dengan sendirinya hina, termasuklah fahaman sekular dan segala fahaman rekaan. Semuanya automatik menjadi hina. Di sisi Allah, pendukung dan pejuangnya sedang dan akan terus hina.

Untuk meninggalkan kesan renungan yang lebih menyerap dan mungkin lebih mendalam, mari kita tutup telaga budi 4 Nik Abdul Aziz ini dengan kata-kata beliau dalam bab yang sama di tempat yang lain dan waktu yang lain. Ia berbunyi:

"Saya takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat tahu-tahu di akhirat kelak, gelaran itu menjadi terbaik. Daripada al-Aziz menjadi Yang Amat Hina. Daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bebal lagi Buta Hati. Daripada Yang Amat Berbahagia menjadi Yang Amat Berdukacita"


Petikan di atas adalah daripada buku 'Telaga Budi' tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk 'Beruntunglah Orang Yang Mensucikan Jiwa' yang saya sunting untuk tatapan dan santapan minda kita bersama. Banyak lagi tajuk-tajuk yang sesuai untuk bacaan kita bersama.

Saya baru saja selesai membaca keseluruhan buku tersebut. Dan saya dapati ianya begitu menarik dan padat dengan ilmu yang menyuluh minda dan juga jiwa kita.

Saya sarankan agar anda dapatkan buku daripada garapan seorang yang bergelar ulama ini untuk menambahkan ilmu di dada.

2 comments:

Wak Labu Farm said...

PAS anjur retread? Kenapa?
Sekarang sudah sah dan nyata PAS sedang berebut kuasa.

Satu kumpulan menuju arah kanan, satu kumpulan kearah kiri.

Kumpulan kanan ini terdiri dari pemimpin2 yang telah sedar betapa pentingnya perpaduan politik melayu/Islam.

Kumpulan kiri pula cuma mementingkan kuasa sehingga sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR.

Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.

m.f.faisal said...

Apa kaitan ngan penulisan buku ni wak-labu?

Dalam PAS saya lihat lebih kepada perbezaan pendapat, bukannya perpecahan...

saya cedok dari
http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=89002

Pendahuluan Isu perbezaan pendapat merupakan sunnatullah yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah suatu realiti yang berpunca dari kepelbagaian tahap minda atau keupayaan mental, perbezaan bahasa dan latar belakang, begitu juga dengan persepsi seseorang yang berbeza terhadap sesebuah dalil atau nas. Kesemuanya ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian serta percambahan pandangan dan pendapat.
Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat sehinggalah ke hari ini. Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I'tisom menyebut:
"Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ianya berlaku pada zaman khulafa' ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain" (al-I'tisom 2/191)
Hal ini juga menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah kepada umat manusia.
Al-Qaasim bin Muhammad bin Abi Bakar as-Siddiq dalam hal ini ada menyatakan: "Sesungguhnya perbezaan pendapat dikalangan sahabat adalah satu rahmat bagi manusia" (Jaami' Bayaanil Ilm 2/901)
Berkata Umar bin Abdul Aziz: "Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeda pendapat, kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan" (Jaami' Bayaanil Ilm 2/902)
Telah berkata Imam Malik: "Sesungguhnya perbezaan pendapat di kalangan ulama' adalah rahmat dari Allah ke atas umat ini, setiap seseorang di kalangan mereka mengikut apa yang benar pada pandangannya, setiap dari mereka berada dalam petunjuk dan setiap dari mereka inginkan keredhaan Allah" (Kasyful Khafa' 1/68)
.... Wallahualam...




dan ini untuk isu perpaduan...
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/21/perpaduan-antara-kerajaan-ya-antara-parti-tidak-tuan-guru-nik-aziz

Senang2 baca lah wak-labu yerk..
Hilang melayu tu jika dasarnye bukan lagi berdasarkan Islam...

Thanks saudara Ajijoi mengenai ulasan buku ni..

Nanti nak pi beli... :D


Wassalam..

Followers