Saturday, June 6, 2009

DS Nizar mendapat undian tertinggi AJK Pas Pusat

MENANG... Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat undian tertinggi bagi menduduki kerusi AJK PAS pusat pada Muktamar kali ini.

Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin memahat reputasinya sebagai ahli politik yang popular dengan mendapat undian tertinggi didalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, memenangi sebanyak 854 undi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu pada awalnya dilihat sebagai calon pilihan utama untuk bertanding jawatan Naib Presiden tetapi menolak pencalonan tersebut, walaupun mendapat sokongan padu daripada banyak bahagian parti.

Dato Seri Nizar diikuti oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat 653 undi.

Manakala Dr Mujahid Yusof Rawa yang tewas didalam pemilihan Naib Presiden telah terpilih didalam AJK Pusat dengan undian yang paling sedikit.

Hanya seorang muslimat yang terpilih kedalam AJK Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali dengan 589 undi.

Ajijoi ~ Tahniah daripada ajijoi.blogspot.com dengan kemenangan Dato Seri.

Undian tertinggi itu merupakan betapa tingginya harapan dan amanah ahli-ahli Pas buat Dato Seri.


Bekas MB Perak di tempat teratas AJK PAS Pusat

SHAH ALAM: Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang pertama kali bertanding kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat memperoleh undi terbanyak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menerima 854 undi untuk menduduki tempat teratas.

Tempat kedua diduduki oleh Idris Ahmad, juga dari Perak dengan menerima 799 undi. Beliau mempertahankan kerusinya kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Kamarudin Jaffar menerima 769 undi untuk tempat ketiga.

Turut dipilih ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak.

Lain-lain dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja ialah Datuk Hasan Mohd. Ali, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli, Abdul Ghani Samsudin, Abu. Bakar Chik, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Abd. Ghani Abdul Rahman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Hashim Jasin, Mazlan Aliman, Taib Azamudden Md. Taib dan Dr. Mujahid Yusof Rawa.

1 comment:

pahbedah said...

undi trbanyak bukan bererti hebat kerjanya,undi terendah bukan tak bolih buat kerja,belum teruji lagi kewibawaanya,mcm seleberiti ala ala Mawi gitu....kalau memuji jangan "over" begitulah sebaliknya..biar realistik yeop...

Followers

Video ajijoi

Loading...