Saturday, June 27, 2009

Promosi Petronas hanya menyusahkan orang


Dikala kehangatan filem 'Transformers: Revenge of the Fallen' menerjah pawagam dan menjadi kegilaan dan ikutan anak-anak serta orang dewasa, pelbagai syarikat perniagaan cuba mengaut keuntungan dengan populariti watak filem tersebut.

Salah satu daripada syarikat tersebut ialah Petronas yang menawarkan baju t, topi serta mainan Transformers kepada pelanggan yang mengisi minyak sebanyak RM30 (minimum).

Iklan mengenai tawaran Petronas itu dimainkan berulangkali dikaca tv saban hari sehinggakan anak-anak tidak sabar-sabar untuk memilikinya.

Namun, apa yang dikesalkan adalah kerana pihak Petronas tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan hanya mengedarkan barangan tawaran tersebut dengan jumlah yang amat kecil.

Bayangkan, apabila sesuatu barangan itu diwar-warkan akan mula dipasarkan pada sekian tarikh tetapi apabila pelanggan mengunjungi stesen minyak Petronas pada tarikh tersebut, barangan tawaran tersebut telah habis tak sampai sehari.

Itulah yang terjadi kepada saya. Anak-anak begitu teruja dengan barangan Transformers yang ditawarkan oleh Petronas melalui iklan-iklan yang ditayangkan setiap hari.

Tetapi, apabila minyak telah diisi melebihi RM30 namun barangan yang dimahukan telah habis.

T-shirt Transformers saya tak dapat beli kerana kehabisan. Kesemua stesen yang dikunjungi mengatakan ianya habis dalam masa sehari sahaja dan tiada jualan ulangan.

Hari ini apabila mengisi minyak, mainan Bumblebee juga telah habis. Daripada Medan Gopeng sehinggalah ke Pasir Puteh, semua stesen minyak tiada stok mainan tersebut.

Muka anak-anak pun mula berubah. Mainan yang diiklankan setiap hari tidak dapat dibeli.

Jika Petronas tidak mampu untuk menyediakan stok barangan yang ditawarkan, lebih baik tidak diteruskan iklan promosi tersebut.

Jangan terus-menerus menipu pelanggan dengan promosi yang hanya menyusahkan orang sahaja.

No comments:

Followers