Friday, June 5, 2009

Pengundian pemilihan PAS berlangsung, keputusan rasmi esok

SHAH ALAM: PAS sedang mengadakan proses pengundian memilih kepimpinan pusat parti itu dengan seramai 1,044 layak mengundi.

Daripada jumlah itu seramai 971 merupakan pengundi kalangan perwakilan.

Pengundian dimulakan kira-kira 3.40 petang tadi dan dijangka selesai kira-kira tiga jam kemudian.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan orang pertama mengundi dan disusuli anggota Majlis Syura.

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pagi esok.

Tumpuan pemilihan mengarah kepada jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang masing-masing menyaksikan pertandingan tiga dan lima penjuru.

Seramai 54 orang bertanding untuk merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...