Friday, June 5, 2009

Hadi: PAS iktiraf bukan Islam, institusikan Kelab Penyokong


Barisan kepimpinan PAS pusat, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz melambaikan tangan kepada perwakilan semasa majlis perasmian Muktamar tahunan PAS 55 di Melawati Stadium in Shah Alam. Turut hadir Presiden Datuk Seri Hadi Awang (dua dari kiri), Nasharudin Mat Isa (kanan), Datuk Dr Haron Din (tiga dari kiri), Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar (dua dari kiri) dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan mohamed Ali (kiri).

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Kelab Penyokong PAS dijadikan institusi khas menerusi pindaan perlembagaan parti itu.

Selain itu, kata beliau, pihaknya akan membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS untuk melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah "payung PAS."

"...bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelan Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS.

"Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan Perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam parti PAS," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-55 yang bermula hari ini.

Hadi berkata, usaha tersebut merupakan satu langkah bersejarah dalam PAS sebagai paradigma baru untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS," katanya.

No comments:

Followers