Saturday, June 20, 2009

Saranan buat para bloggers

Dalam kemelut isu Kerajaan Perpaduan ataupun Unity Government yang semakin membelit pimpinan mahupun ahli-ahli Pas hari ini, segala komen, pandangan dan perbincangan di dalam blog-blog seakan memburukkan lagi keadaan, bukannya mereda dan menyelesaikannya.

Pihak media kerajaan berusaha keras untuk memutar belitkan isu ini bagi mengelirukan ahli-ahli Pas dan seterusnya cuba untuk memecah belahkan parti Pas. Komen-komen di blog anda bagaikan membantu mereka mencapai maksud tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

Adalah lebih baik dan bijak agar isu kerajaan perpaduan ini dibiarkan untuk diselesaikan oleh pihak pimpinan yang lebih memahami dan mendalami masalah isu yang diperbesarkan oleh propaganda media umno dan bn ini.

Sepertimana yang kita semua ketahui, isu kerajaan perpaduan ini hanyalah menguntungkan sebelah pihak iaitu pihak umno bn, oleh yang demikian, dengan memperbesarkan dan membincangkan isu ini secara terbuka diblog-blog anda hanyalah akan membantu melancarkan dan memperluaskan propaganda mainan umno bn ini.

Tentu kita semua sedari, setiap perbincangan mengenai isu hangat ini lebih menjurus kepada memperlekeh dan terkadang sehinggakan mencaci pimpinan kita sendiri. Siapakah yang akan tersenyum lebar dan ketawa besar dengan perkembangan ini? Sudah pastinya Najib dan kuncu-kuncunya.

Sekali lagi, saranan saya kepada para bloggers terutamanya bloggers Pas dan juga Pakatan Rakyat agar tidak lagi membicarakan isu kerajaan perpaduan ini di blog-blog anda. Biarkan isu itu berlalu begitu sahaja dan diselesaikan diperingkat pimpinan yang lebih afdal dengan apa yang sebenarnya berlaku hari ini.

Semoga saranan ikhlas daripada blogger junior ini dapat membantu pimpinan dan parti Pas untuk keluar daripada kemelut isu kerajaan perpaduan ini dengan aman sejahtera untuk memperkuatkan gerakerja perjuangan Islam di bumi ini.

Wassalam.

AZIZUL NIZAM

5 comments:

Anonymous said...

sahabat ku Ajijoi,LKS pernah memberi reaksi yg negatif terhadap kerajaan Pakatan rakyat yg mahu ditubuhkan di Perak pada mulanya.Tetapi beliau mula menyedari kesilapannya itu apabila dihujani oleh ratusan komen daripada pengunjung dan blogger menyebabkan beliau berubah sikap serta memohon maaf kpd ramai.LKS tidak pekak badak dan mengambil kira pandangan orang ramai.Blogger sekadar mewakili pandangan ramai.Kalau pandangan blogger tidak lojik atau rasional , pembaca boleh komen dan berhujah.Pendedahan adalah perlu, kalau tidak kita tidak tahu ttg adanya pertemuan sulit antara Nasha dan Pak Lah.Tugas blogger mendedahkan dan memberikan pandangan.Pembaca berikan pandangan.Kita semua boleh menilai segala pandangan dan hujahan samada benar atau sampah.This is an open public issue . Kalau kita buat tak tau,nantinya kita seperti badak yang pekak dan tidak berpandangan jauh.

Pejuang said...

LKS bukan 'menyedari' kesilapan nya. LKS memang dari asal TIDAK mahu ahli DUN PAS dilantik sebagai MB Perak.

Setelah mengtahui bahawa perlembagaan negeri Perak tidak membolehkan cina/kafir jadi MB Perak, LKS mencadangkan ahli DUN melayu/Islam dari PKR pula.

Perkara ini akhirnya diselesaikan oleh Baginda Sultan dengan melantik ahli DUN PAS.

Jangan cuba sembunyikan fakta dan cuba kelirukan rakyat.

Anonymous said...

Saya juga tak nak kacau isu ini pada awalnya kerana kekurangan maklumat dan celaru. Apabila TGHH melontarkan idea ini, saya pasti tentu ianya telah diduga kesannya.
Dengan hanya duduk diam dan tidak mengulas isu ini lebih banyak mendatangkan kerugian kerana media UMNO memutarkan isu ini semahunya untuk kepentingan mereka.

JAWAB JANGAN TAK JAWAB !!!

Anonymous said...

Pejuang , tak payah lah nak spin.Tak payah nak masuk dlm kelmbu kami.Kepada rajasedaka silalah baca artikel saya di sini
dan berikan komen

jarum peniti mak long said...

salam...teman setuju....kekadang takut dengan tulisan yang terlampau...

Followers