Wednesday, May 2, 2012

Konvensyen Pas Perak kali ke-16 pada 5 Mei ini

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Konvensyen PAS Perak kali ke-16 yang bakal diadakan pada  6 Mei ahad ini di Hotel Hill City mempunyai objektif yang tinggi bagi mengumpulkan seluruh saff kepimpinan PAS Perak di setiap peringkat, konvensyen ini penting bagi menyatukan fikiran dan menyelaraskan tindakan kepada wehdatul fikri dan wehdatul amal.Selain itu, konvensyen ini juga bertujuan meningkatkan tahap persediaan para pemimpin dan ahli untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau menyatakan bahawa, program ini bakal disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak, Ahli Dewan Ulama', Ahli Dewan Pemuda, Ahli Dewan Muslimat, Ahli Dewan Himpunan Penyokong dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.

Memetik ucapan beliau, " PAS Perak menganjurkan program seperti ini kerana ia merupakan salah satu siri-siri pentarbiyahan PAS dengan menggunakan konsep Nadwah. Para pimpinan dan ahli perlu mempunyai kefahaman dan fikrah terhadap kemenangan. PAS Perak tidak mahu ahlinya memperolehi kemenangan dengan fikrah dan kefahaman yang kosong. Sebaliknya memahami konsep kemenangan dan bersabar dengan ujian kemenangan, bagi memastikan keutuhan pemerintahan Islam selepas PRU 13 nanti"

" Sebagai seorang ahli gerakan Islam, kita perlu bersikap optimis dengan Allah dan bantuanNya. Kita tidak boleh pandang serong terhadap ujian kesusahan yang diberikanNya dan tidak boleh juga kita gelap mata apabila diuji dengan kesenangan. Istilah kemenangan yang perlu difahami oleh ahli PAS ialah kemenangan yang diredhai oleh Allah. Begitu juga dengan kekalahan, iaitu kekalahan yang diredhai olehNya. PAS tidak ingin untuk mencapai kemenangan dengan cara penipuan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, khususnya isu rampasan kuasa di Perak ini. PAS juga tidak ingin berhadapan dengan kekalahan yang tidak diredhai olehNya. Maka Konvensyen PAS Perak 16 ini mengajar erti kemenangan dalam redha Allah"

Sempena Konvensyen PAS Perak kali ke16 ini, PAS Perak telah menjemput wakil PAS Pusat, iaitu Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, yang akan menyampaikan kalam semangat kepada pekerja-pekerja Islam, pembentangan bertajuk Menangani dan Mempertahan Kemenangan oleh YB Mohd Zaki bin Ibrahim, ADUN Kelaboran Kelantan dan sesi perbahasan setiap perwakilan beserta sesi soal jawab, jelas beliau.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...