Thursday, May 10, 2012

Orang kuat Zambry Kader di Lumut keluar Umno, masuk Pas

Kalau ikutkan dari sifir politik, apabila ketua bahagian memegang jawatan paling tertinggi, maka bahagian ketua tu sepatutnya menjadi bertambah kukuh dan kuat, tetapi apa yang berlaku dalam UMNO Bahagian Lumut sebalik nya... 

Kenapa boleh berlaku demikian,,, sebab nya Zambry a/l Kadiaq sendiri yang sudah lupa diri, lupa kawan, lupa sahabat setia sebelum ia jadi MB Mahkamah Perak.. Ok, aku mulakan kisah sadis ni ....

Ini adalah salah seorang mangsa kebongkakkan atau kesombongan Zambry apabila menjawat jawatan MB... Padahal si Zaid ini kenal Zambry bukan sehari dua,, beliau dengan Zambry mula berkawan semenjak dari zaman sekolah lagi, nak baik atau tidak rokok pun sebatang boleh kongsi dua orang, dengan arwah bapa si Zaid inilah Zambry belajar silat sendeng kerayong, berapa banyak ilmu-ilmu persilatan dan sebagainya dicurahkan kepada Zambry, apabila timbul krisis Perak awal tahun 2009 si Zaid ni dengan penuh harapan yang cukup tinggi menggunong meletakkan kepada Zambry di lantik MB, dan apabila Zambry menang dengan keputusan mahkamah memihak kepadanya,, dari sini Zambry dah mula bongkak dan lupa diri...

Tetapi sayang bila Zambry dah memegang tampok kuasa kawan baik seperti Zaid dilupakan,, mengikut cerita si Zaid, biasa nya bila ada majlis-majlis yang melibat Zambry di kawasan Lumut, alat siar raya media seperti amplifier dan speaker pembesar suara dan sebagainya digunakan di sewa dari barangannya, kerana dia menjalnakan perniaagan tersebut. Dan bila tiba Zambry berucap sengaja beliau pergi berhadapa dengan Zambry konon-konon nak mengadjust tiang michrophone, dalam waktu sebegitu pun Zambry buat dekkk macam tak kenal langsung.... apa perasaan sebagai manusia di ketika itu,,,,  

Akibatnya, dah 30 tahun duduk dalam UMNO, beliau ambil ketetapan tinggal UMNO dan bersama 14 orang lagi, dan isi borang jadi ahli PAS,,, Jadi kita kena ucapkan terima kasih kepada Dato Seri Zambry... Yang ini seorang lagi mangsa kebongkakkan Zambry, Cikgu Jauhari , sebelum ini aku dah ada keluar cerita mengenai kisahnya sila klik kesian-nasib-malang-pimpinan-umno. 

Untuk pengetahuan hangpa, kalau diikutkan Zambry memang berhutang nyawa dengan Cikgu Jauhari ni, apa tidaknya,, 5 hari 4 malam ia menumpang berlindung diri di rumah Cikgu ni apabila tonto-tonto upahan dari taukeh Cina kolam udang di daerah Lumut mencari Zambry diatas sebab-sebab yang aku sendiri pun malas nak ambik tau..... Sewaktu Zambry Ketua Pemuda UMNO dan nak bertanding Ketua UMNO Lumut dengan menentang Dato Wajdi Ishak, apa yang Zambry ada, harapkan teloq 2 biji ajalah, waktu tu dia bukannya ADUN lagi, di mana dia menumpang untuk menjalankan gerakkerja untuk menjatuhkan musuhnya Dato Wajdi, dia bukannya ada pejabat atau rumah di sekitar bandar Setiawan, hanya dengan belas ihsan Cikgu Jauhari ni memberikannya rumah beliau sebagai markas tempat Zambry menjalankan gerak kerja..oleh kerana terlalu ramai pemuda-pemuda UMNO yang terpengaruh dengan Zamry turut serta, terpaksalah Cikgu Jauhari ni menambahruang rumahnya dengan mendirikan dewan untuk kemudahan Zambry....Selepas Zambry dah menang Ketua Bahagian UMNO dengan menjatuhkan Dato Wajdi, beliau terus dilantik menjadi calon ADUN PANGKOR PRU 10 tahun 2004, apabila menang Zambry terus menjawat EXCO, bila tiba musim durian,, maka dusun Cikgu Jauhari di Titi Gantung menjadi tempatnya persinggahan kerana nak menumpang makan free buah durian bersama pencacai-cacainya,, apabila ia balik dari Ipoh ke Pangkor, dan biasa sekali tak silap aku tahun 2006, waktu anak bongsu aku dapat anugerah pencapaian terbaik dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera, program tersebut diadakan di Hotel Crystal Setiawan anjuran BPTM Stiawan, Zambry telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan tersebut, waktu itulah kali terakhir aku lihat Cikgu Jauhari yang dah tua masih lagi dok mengiringi Zambry ke majlis tersebut, Olek kerana Zambry nak menunjukkan beliau yang baik hati kononya, maka disuruh Cikgu Jauhari tu keluar pergi entah kemana,, aku tak pasti, tau-tau bila Cikgu Jauhari datang balik terkial-kial ia memegang seikat envelope putih, rupa-rupanya Envelope tu berisi wang sebanyak RM20, kononnya sumbangan peribadi dari Zambry untuk para pelajar yang diberi bersama dengan anugerah dari LTAT. Beberapa minggu yang lepas, Cikgu Jauhari telah dimasukkan ke Hospital Manjung, seorang pun tak ada pimpinan UMNO Lumut yang datang menziarahi beliau, kemudian Cikgu Jauhari telah ditukarkan ke Hospital Ipoh dan dimasukkan ke CCU, selama 22 hari di Ipoh, ada Zambry pi nak ziarah,,, haram.... tak nampak rupa langsung,, OK lah sibuk sebagai Menteri Besar,, apa salah hantar wakil,, Zambry tak ada, wakilnya pun ada, apa punya perangai Zambry ni,, inikah sikap seorang pemimpin.... 

Nampaknya Zambry ni lebih teruk dari Najib yang menjadi dalang dalam rampasan negeri Perak... Teruk-teruk najib pun,, hangpa boleh lihat sendiri... Walaupun Tuan Guru Nik Aziz musuh politik, tetapi sebagai sifat kemanusiaan, Najib boleh meluangkan masa menziarahinya,, berbeza dengan Zambry, Cikgu Jauhari nilah yang bertungkus lumus menaikkan dirinya sehingga ke tahap sekarang, tup-tup Zambry tergamak melupakannya dan menjadikan seumpama musuh..!!!.  

Nak tahu kenapa..... tunggu sambungannya.... jika aku masih diberikan kelapangan, sehat tubuh badan dan ingatan... Insyaallah.. ~manjungmari

No comments:

Followers