Sunday, May 20, 2012

Polis merempuh rumah Najib


KUALA LUMPUR (19.5.12) – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat (baiknya polis, klik di sini) Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.


Ajijoi - Seluas-luas Putrajaya, rumah Najib juga yang dirempuh? Sekarang ni dah macam jadi satu kebiasaan pula apabila polis yang memandu kenderaan akan pengsan atau tidak sedarkan diri lalu merempuh apa saja yang ada dihadapan.

Sebelum ini, seorang anggota polis dikatakan pengsan lalu merempuh peserta Bersih 3.0 yang mengakibatkan kecederaan teruk.

Yang ini pula, merempuh rumah Najib (memang le merempuh pagar sebab pagar tu didepan dan penghalang kepada rumah) subuh-subuh sapiee (terkejut bik mama kot) dan dalam keadaan yang samada mengantuk ataupun mabuk. Mabuk? Anggota polis memang biasa mabuk-mabuk ke? Biasanya mereka hanya menangkap orang mabuk di roadblock-roadblock malam minggu saja.

Nak kata kemalangan pun ye, nak kata balasan tuhan pun boleh jadi juga. Moga pihak polis dapat menginsafi atas kejadian ini bahawa setiap benda perkara yang dilakukan diatas dunia ini pasti diambil kira dan diberikan balasan, sama ada didunia ini ataupun ditangguhkan sehingga bertemu Allah dihari akhirat nanti.


No comments:

Followers