Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru daripada Pas Perak

PAS Perak merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Perak khasnya dan di seluruh negara amnya. 

Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana mereka lah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka, dan insan pertama mengajar setiap perkara. Lantaran itu peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah  suci murni ( Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Guru merupakan pengganti kepada ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat. Kuat semangat untuk melihat anak muridnya berjaya, dan sangat menginginkan muridnya lebih tinggi pencapaian dari gurunya. Lantaran itu Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa Kepada guru jadilah anda sebagai seorang pendidik yang amanah dan ikhlas dengan ilmu, seperti mata air yang mengalir air yang bersih dan jernih untuk di minum oleh semua. Manakala guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.

Selamat Hari Guru.

Ikhlas dari
Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )

No comments:

Followers