Wednesday, May 9, 2012

Mangsa ribut di Sg Rokam mendapat bantuan dari YB Dr Lee Boon Chye & Radzi Zainon

Sungai Rokam-8 Mei 2012

Mangsa ribut di Sungai Rokam Saudara Mohd Rashid Bin Zainal Abidin akan mendapat bantuan awal kos membaiki siling rumahnya sebanyak RM RM 2700 yang akan disumbang oleh Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye.

YB Dr Lee yang hadir bersama Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat pada jam 5 petang tadi berjaya meninjau dan mengenalpasti kerugian akibat ribut pada ahad lalu 6 Mei 2012. Pada jam 2 pagi keesokan harinya juga ribut sekali lagi menerbangkan 10 keping siling rumah Mohd Rashid.

Sebelum ini YB Dato' hamidah ada hadir menjenguk ke rumah mangsa pada 7 Mei  namun tiada kata putus dan janji bantuan yang dinyatakan oleh YB Dato' Hamidah.

Radzi Zainon juga menyumbangkan RM 100 melalui Pusat Khidmat beliau untuk sewa khemah bagi membantu mangsa sementara operasi penyelengaaran dilakukan.

UNIT MEDIA Sungai Rapat

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...