Thursday, May 3, 2012

Isu Dato' Sri Najib berjumpa pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KENYATAAN MEDIA (3 MAC 2012)
ISU DATO' SRI NAJIB BERJUMPA PIMPINAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
 
1)Kenyataan Akhbar ini merujuk kepada siaran di beberapa akhbar mengenai tuduhan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berbohong dan suka membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Khusus mengenai ceramah beliau yang meminta kepastian tentang pertemuan Dato' Sri Najib Tun Razak dengan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta sokongan ATM kepada UMNO/BN jika BN tewas dalam PRU13 (sila rujuk The Star 26 April 2012). Berikutan itu beberapa laporan polis telah dibuat dan Ketua Polis Perak telah membuat kenyataan akan mengganggil Ahli Parlimen Bukit Gantang Itu.

2) Kami merayu supaya polemik ini dihentikan kerana ada laporan polis yang telah dibuat. Biarlah proses undang-undang berjalan dengan baik dan professional. Saya difahamkan oleh Dato' Seri Nizar sendiri bahawa beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

3) Pihak kami Pakatan Rakyat cuma ingin mengambil perhatian rakyat dan semua pencinta keadilan serta keamanan negara ini tentang latar belakang isu tersebut.

- Dato' Sri Najib dalam beberapa majlis yang dihadiri wartawan luar dalam negeri ketika ditanya adakah beliau sedia melepaskan jawatan "in the event BN lost the 13th General Election" telah memberikan respon yang jelik dan tidak bersesuaian. Beliau meninggalkan majlis tanpa menjawab soalan tersebut. Sebenarnya beliau hanya perlu berkata "Negara ini ditadbir berdasarkan perlembagaan dan undang-undang dan saya akan patuh kepada kehendak rakyat". Jawapan sebegini kenapa terlalu sukar untuk dituturkan?

- Dato' Sri Najib juga telah diketahui umum pernah mengucapkan kata-kata yang sensitif seperti "kita ahli-ahli UMNO akan mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir dan hingga tulang berkecai". Apa perlunya PM berucap dengan sangat provokatif. Bukankah pertukaran kerajaan adalah lumrah dalam sesebuah negara demokrasi?

- Bukankah Dato' Sri Najib adalah seorang yang paling bertanggungjawab merampas kuasa rakyat daripada kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menggantikan BN melalui kaedah-kaedah jijik seperti cubaan memerangkap ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dengan pelacur dan melarikan (? Culik) beberapa orang wakil rakyat. Peristiwa ini yang dirakamkan oleh sejarah dan Najib adalah bertanggungjawab sepenuhnya. Sejarah pasti tidak berbohong.

4) Pihak kami juga sangat menyanjung profesionalisma dan dedikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang tempoh kemerdekaan negara tercinta.

5) Akhirnya kami mengajak seluruh rakyat memberikan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Yang di Pertuan Agong sebagai 

Ketua Negara ini dan mendukung perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara.
Kesimpulannya semua pihak khususnya pemimpin nasional perlu memainkan peranan mengikut dan menghormati undang-undang jika mahu pihak lain juga menghormati undang-undang. Jangan bermain api jika tidak mahu tangan terbakar.

Dr Hj Khairuddin Bin Dato' Abd Malik
Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
 

No comments:

Followers