Thursday, May 3, 2012

Pas Perak kesal tindakan ganas PDRM

IPOH, 3 Mei, Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu diadakan secara aman. Namun, PAS Perak merasa kesal dengan tindakan sebahagian pihak polis yang bertindak ganas membelasah, memukul dan berkasar dengan peserta perhimpunan, jelas Ustaz Abu Bakar Hussian yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak. 

Menurut beliau, tindakan provokasi pihak polis merupakan salah satu kezaliman terhadap peserta perhimpunan yang datang secara aman. Tindakan tersebut menyebabkan sebahagian daripada peserta terpaksa mempertahankan diri ketika di pukul teruk oleh pihak polis.

Beliau menegaskan, Sebagai sebuah badan keselamatan, pihak PDRM sepatutnya perlu menunjukkan tauladan yang baik, dan melindungi peserta perhimpunan daripada provokasi individu yang tidak dikenali. Perhimpunan aman seperti ini boleh bertukar ganas sekiranya terdapat tindakan provokasi.

Sekiranya kita melihat kepada situasi demostrasi di luar negara seperti Indonesia, pihak polis bertanggungjawab melindungi peserta perhimpunan dan menjaga keselamatan mereka sepanjang mereka berhimpun, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

" kita perlu faham bahawa provokasi dan keganasan dalam perhimpunan ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab pihak pimpinan kerajaan. Kita juga perlu faham bahawa sikap kerajaan yang banyak menipu dalam pilihanraya , menyeleweng duit negara, pemalsuan daftar pemilih dan banyak lagi akan menyebabkan rakyat bangkit menentang penipuan mereka".

" Kebangkitan rakyat disebabkan kejahatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan merupakan perkara yang normal, namun apa yang menjadi masalah ialah apabila rakyat bangkit, mereka diperlakukan dengan ganas oleh pihak keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat ".

Justeru, PAS Perak yakin, sekiranya pihak kerajaan masih lagi meneruskan penyelewengan dalam pilihanraya, penipuan, rasuah, gelapkan duit negara, bertindak ganas terhadap orang awam, maka sudah pasti pihak kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional akan tumbang tidak lama lagi, jelas beliau.

 

Mereka juga perlu ingat bahawa kekuasaan yang mutlak itu adalah milik Allah. Kuasa yang ada pada kerajaan hari ini hanyalah pinjaman dariNya. Allah mampu mengangkat sesiapa yang dikehendakinya, dan mampu untuk menjatuhkan sesiapa yang dikehendakiNya. Apabila datangnya kebenaran, maka akan musnahlah kebatilan.

http://perak.pas.org.my/

No comments:

Followers