Sunday, May 20, 2012

Shafie Afdal, makan tak kenyang tidur tak lena


AHLI Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.

"Kita tahu Shafie Apdal sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR Semporna, Nazmahwati Walli.

Katanya ahli-ahlipun UMNO sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak.

Kata Zuraida, sekalipun sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan segala rahsia yang disembunyikan selama ini.

"Kita sudah dengar khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri menggugurkan Shafie.

Walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan beliau.

“Tengok sahaja jalan masuk ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN gagal membangunkan Semporna.

Kata Zuraida, beliau hairan kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk diberikan kepada Zahida.

"Pemimpin BN seperti Shafie ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang sedia ada.

Para pemimpin UMNO, kata Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10 peratus orang bumiputera Sabah yang masih miskin.

Sehubungan itu, Zuraida menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya indah khabar dari rupa.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...