Monday, May 28, 2012

Konvoi bermotosikal anak muda bersama Radzi Zainon



Sungai Rapat- 27 Mei 2012: Seramai 80 anak muda kawasan DUN Sungai Rapat telah menyertai Konvoi Bermotosikal Anak Muda PAS Sungai Rapat anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng dengan kerjasama Dewan Pemuda Ipoh Timur dan Batu Gajah.
Program yang bermula di Pejabat PAS Kawasan Gopeng Taman Soon Choon pada 8 pagi telah memulakan konvoi ke Pasar Tani Medan Gopeng untuk edaran risalah penerangan dan agenda santuni rakyat. Kebiasaannya saudara Radzi Zainon akan bersama anggota Pusat Khidmat Masyarakat yang terdiri di kalangan belia  dan golongan veteran, hari ini beliau hadir dengan diiringi oleh 80 anak muda dan remaja yang mula didedahkan dengan aktiviti santuni rakyat.
Edaran risalah diteruskan di Pengkalan Barat dan seterusnya konvoi telah bergerak ke Pasar Batu Gajah pula. Konvoi di Batu Gajah dimeriahkan dengan kehadiran pemuda PAS Batu Gajah yang sedia menanti di situ untuk edaran risalah di Pasar Pagi Batu Gajah. 
Pemuda Batu Gajah telah mengiringi Radzi Zainon untuk bertemu beberapa keluarga di Kampong Pisang yang memerlukan bantuan. Selepas ucapan ringkas daripada saudara Radzi yang juga bakal calon PAS di DUN Sungai Rapat, kumpulan konvoi dihiburkan pula dengan persembahan rakyat daripada kumpula kesenian tempatan. Konvoi yang berpakaian T-Shirt petugas PAS bercorak imej wajah Radzi ini berjaya menampilkan syiar kepada penduduk tempatan dan memberi petanda  bahawa anak muda Sungai Rapat sanggup membantu PAS dan Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang upah. 
“Walaupun tanpa upah dan tanpa T-shirt percuma, malah semua yang hadir ini membeli sendiri baju yang mereka pakai pagi ini menunjukkan isyarat jelas bahawa anak muda bukan objek atau komiditi yang boleh dibeli dengan upah dan laba duniawi. Inilah sikap anak muda yang sejati serta menjadi tanggungjawab PAS untuk mencungkil jiwa ashabul Kahfi di kalangan remaja Sungai Rapat”, jelas Radzi semasa ditemubual oleh Unit Media Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media Sungai Rapat








No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...