Tuesday, May 29, 2012

Kerajaan pajak lebih 100,000 ekar tanah rezab Melayu ke Bursa Saham

PETALING JAYA 28 Mei: KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah keseluruhan 847,362 ekar tanah yang
dipajakkan dan kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd.

Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

"KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang
terlibat.

"Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak ini, sejumlah 105,382 ekar adalah
tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah rezab Melayu di seluruh negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN, di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, FGVH diberi hak menguruskan tanah itu selama 99 tahun melalui satu perjanjian dengan Felda pada 1
November 2011.

Katanya, syarat pindah milik tanah rezab Melayu sangat ketat dan jika statusnya dibatalkan, kerajaan negeri perlu
menggantinya dengan keluasan yang sama.

"(Tetapi) perjanjian ini tidak sebut sama ada status tanah ditukar atau tidak.

"Selepas 'initial public offering' (IPO), penjualan saham akan dibuka seluasnya termasuk kepada syarikat asing, dan
peruntukan saham kepada peneroka hanya 2.5 peratus," katanya.

Berikutan itu, beliau menunggu jawapan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri
Isa Samad mengapa tanah yang diperuntukkan kepada orang Melayu turut dipajak kepada FGVH.

"Apakah jaminan kerajaan bahawa tanah ini tidak bertukar tangan, dan pembangunannya nanti mengikut semangat tanah
rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun lalu," soalnya lagi.

Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri dengan
tujuan untuk menjamin pemilikan tanah orang Melayu.

Menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah rizab yang dibatalkan wajib digantikan di tanah lain yang
sama jenis dan luasnya di negeri yang sama.

-Keadilan Daily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...