Friday, May 18, 2012

Kazim Elias tampil sikap sebenar beliau di Sri Rahmat



Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.

Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.

Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. 

Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

1 comment:

alhusseyn said...

orang macam ini ko sebut nama sebagai 'ustaz' buat apa? mencemarkan nama taitel ustaz sahaja.Penulis sepatutnya subutlah Kazim sahaja; itu adalah baik.Taitel ustaz itu taitel yang mulia.

Followers

Video ajijoi

Loading...