IPOH 8 JAN Cikgu Yusof Sam yang juga lebih dikenali sebagai Ayahanda Yusof telah kembali kerahmatullah malam tadi (12 malam) di rumahnya di Pekan Razaki, Ipoh.
Allahyarham yang juga mantan Ketua Cawangan Pas Pekan Razaki sebelum ini dikatakan kelihatan sihat dan kembali seperti sediakala setelah lama terlantar di hospital kerana kanser usus.
Namun, Allah lebih menyayanginya berbanding kita yang disekeliling.
Jasanya di dalam perjuangan Islam akan sentiasa dikenang rakan dan lawan. Semoga segala jasa baktinya akan dihitung dan diberikan ganjaran pahala yang berlimpahan oleh Allah Taala.
Jenazah Allahyarham Cikgu Sam yang kita semua sayangi akan dikebumikan selesai solat Jumaat hari ini.
1 comment:
Beliau seorang Sahabat yang baik dan dianggap Otai dalam Pas...Semoga Allah memberikan keampunan dan Rahmat keatas beliau..Aminn..
Post a Comment