Sunday, June 10, 2012

Pak Jabit bakal diganggu Hantu Kak Midah malam ini?


Pak Jabit, salah satu nama watak yang popular daripada filem 'Zombi Kg Pisang' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' arahan Mamat Khalid yang mendapat sambutan hangat di negara kita.

Man Kadir, nama sebenar pelakon yang memainkan watak Pak Jabit ini adalah seorang aktivis yang selalu dijemput ke merata tempat untuk menyampaikan ceramah bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimana cara dan isi ceramah yang disampaikan oleh Pak Jabit ini, saya sendiri pun belum pernah mendengarnya. Oleh itu, eloklah kita beramai-ramai ke Taman Jutaria, Batu Gajah malam ini untuk mendengarnya.

Satu hal lagi yang perlu diberi perhatian mengenai ceramah Pak Jabit malam ini adalah ianya diadakan di Batu Gajah dan berdekatan pula dengan rumah YB Hamidah Osman, Exco Kanan Kerajaan (BN) Negeri Perak dan juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Setiap kali ceramah PR diadakan di sana, pasti ada gangguan daripada Midah ini.

Dikhabarkan yang tapak ceramah Pak Jabit malam ini telahpun 'dihijack' oleh Midah dengan didirikan khemah ditempat tersebut. Walaupun tanpa permit berbanding dengan ceramah Pak Jabit yang telahpun mendapat permit daripada pihak polis, mereka tetap akan mengganggu dengan ceramah 'haram' mereka malam ini.

Oleh kerana Pak Jabit adalah seorang pelakon filem, maka Midah juga mahukan seorang pelakon karat biru untuk menandingi Pak Jabit. Maka, pelakon veteran Anjang Aki atau nama sebenarnya Baharuddin Omar (75 tahun) akan menjadi 'ayam sabung' Midah bagi menandingi populariti Pak Jabit malam ini. Sebelum ini, penyanyi pelawak AC Mizal telahpun 'tertonggeng' apabila disabung Midah bersama dengan Dayangku Intan di Kg Ara Payung, Batu Gajah.

Apakah Pak Jabit akan diganggu oleh 'Hantu Kak Midah Balik Rumah' malam ini? Jom ramai-ramai kita saksikan nanti.

GANGGUAN MENGUNDANG KECOH


Keratan akhbar Harakah yang bertarikh 3 Jun di atas menceritakan bagaiman kekecohan telah berlaku di Kg Ara Payung, Batu Gajah semasa gangguan terhadap ceramah Dayangku Intan pada 30 Mei lalu.

Ceritanya begini. Ceramah Midah yang diadakan berhampiran tapak ceramah PR dilihat langsung tidak mendapat sambutan. Begitu banyak kerusi kosong berbanding orang yang mendengar ceramah Midah dibawah dan di luar khemah mereka.

Wartawan Harakah telah pergi untuk mengambil gambar keadaan tersebut dari jauh. Manakala, seorang lelaki yang tidak dikenali, berkopiah dan berjanggut putih telah mengajak blogger AlHusseyn untuk pergi mengambil gambar di situ. Apabila menyedari ceramah kurang sambutan mereka telah diambil gambar oleh blogger PR, blogger upahan Midah untuk Sg Rapat Online yang pendek dan gempal itu telah menolak AlHusseyn dengan katanya 'Jangan Masuk'. Lalu, berlakulah tolak menolak dan lelaki berkopiah tadi telah mencekik wartawan Harakah tersebut. Beberapa orang mereka telah memegang wartawan itu dan juga blogger Al Husseyn. Apabila wartawan tersebut mengatakan yang dia sedang bertugas dan menunjukkan tag media beliau, lelaki berkopiah tadi menggenggam tag media itu sambil cuba mematahkannya.

Wartawan Harakah dan blogger Al Husseyn berjaya dilepaskan dengan bantuan beberapa orang PR yang datang menolong. Rakaman video kejadian di atas boleh disaksikan di bawah ini:



Kejadian sebegini mudah berlaku apabila pihak yang mengganggu merasa tertanggu kerana yang diganggu langsung tidak terasa diganggu. Malah, dengan adanya gangguan sebegini, orang ramai lebih tertarik untuk datang ke ceramah PR. Gelagat Midah yang melolong naik berceramah 2-3 kali pada satu malam telah menjadi hiburan buat pengikut tegar ceramah PR. Terasa sunyi pula bila ceramah PR tidak diganggu Midah, kata mereka.

Midah yang memegang jawatan Exco Kanan kerajaan negeri dan juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia bukan sahaja telah meletakkan dirinya kebawah kerana gelagatnya itu tetapi juga jawatan yang dipegangnya turut terlibat. Sebagai pemimpin kerajaan, sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan pembangkanglah yang perlu mengikuti program yang diadakan, bukan sebaliknya.

Umno Gopeng juga telah runsing dengan tindak tanduk Midah yang jelas kelihatan di dalam keadaan yang tertekan. Langsung tidak mahu berfikir untuk mengadakan sebarang program penerangan, sebaliknya hanya mengekori ke mana sahaja program penerangan Pakatan Rakyat Gopeng. Pengundi Dun Sg Rapat sudah mula tertanya-tanya, siapa pemimpin dan siapa yang dipimpin?

Mungkin ada baik baginya unutk sekali-sekala meletakkan otak ditempat yang sepatutnya, jangan dibiarkan selama-lamanya di lutut.

No comments:

Followers