Ustaz Azhar Idrus, satu nama yang tidak payah diperkenalkan lagi dewasa ini. Nama itu juga membawa fenomena baru dalam bidang dakwah apabila kuliah-kuliah pengajarannya mula digilai ramai terutamanya golongan muda melalui laman Youtube.
Namun begitu, agak mustahil bagi beliau untuk muncul di kaca tv negara ini kerana kuliah pengajarannya lebih kepada menyampaikan kebenaran tidak kira siapa jua pun, termasuklah pemerintah negara.
Mulai bulan Julai ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan Ustaz Azhar Idrus di kaca tv rumah mereka melalui satu rancangan baru yang akan bersiaran 3 Julai ini.
Rancangan yang diberi nama 'Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus' akan bersiaran melalui Astro Oasis pada Selasa, Rabu & Khamis jam 7.30 malam dan ulangannya pada jam 11 malam.
Semoga usaha baik oleh Astro Oasis ini dapat memberikan manfaat yang berguna buat rakyat negara ini.
Fenomena Ustaz Azhar Idrus bakal berkembang lagi bagi menawan lebih ramai penonton yang beragama Islam.
'Jom Gi Kuliah'
No comments:
Post a Comment