Sunday, June 10, 2012

Euro 2012 dan kita


Seluruh dunia kini dijangkiti demam. Bukanlah demam penyakit yang membahayakan tetapi demam yang lebih kepada minat umum. Itulah Euro 2012 yang merupakan demam bolasepak yang turut menjangkiti negara kita.

Dalam meminati sesuatu pasukan, kita sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membeli jersi (baju) pasukan yang kita minati dan sokong itu. 



Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kita perlulah prihatin dan berhati-hati dalam memilih dan membeli jersi-jersi pasukan yang kita minati itu. 

Sebagai contoh, pasukan Portugal dan Spain memang tidak dinafikan mempunyai peminat yang begitu ramai.    Tetapi masih ramai yang langsung tidak prihatin dan sanggup membeli dan mengenakan jersi pasukan ini walaupun terdapat lambang SALIB di logo negara mereka. Sanggupkah kita mengenakan jersi ini yang lambang SALIBnya betul-betul terletak di atas dada kita? Tiada langsungkah sifat prihatin dan sensitiviti kita sebagai umat Islam? Janganlah menyokong sesuatu itu dengan membuta-tuli tanpa mengambil berat isu sensitiviti agama. 



Semasa saya pergi membeli jersi yang saya minati tempohari, terpandangkan dua orang gadis remaja sedang meneliti dan membelek-belek jersi Portugal berwarna maroon itu. Tarikan Christiano Ronaldo selaku ketua pasukan Portugal pastinya menjadi pilihan mereka. Lalu, saya tegur dengan mengatakan bahawa jersi tersebut jelas lambang salibnya, kita orang Islam tidak boleh memakai lambang tersebut.

Seketika kemudian, remaja tadi pun meninggalkan kedai tanpa membeli apa-apa jersi pun. Tetapi, selang beberapa kedai dari situ, saya terpandangkan dua remaja tadi sedang membayar wang untuk jersi Portugal yang memang menjadi pilihan mereka awal-awal tadi. Dimanakah sensitiviti umat Islam masa kini dalam bab-bab yang ada kena mengena dengan agama? Tiada langsung rasa bersalah meletakkan lambang salib didada, malah merasa megah pula. Na'uzubillah

Mari dengar sedikit nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai jersi-jersi yang seperti ini:-



Itu belum lagi kita memperkatakan mengenai bangun malam semata-mata kerana menonton perlawanan bolasepak Euro 2012.

Jika tidak kerana bolasepak Euro 2012, memang ramai yang tidak bangun malam. Oleh kerana sudah berjaga malam untuk menonton bola, dinasihatkan agar kita tidak bangun saja-saja. Sucikan diri, lalu bertahajjudlah menghadap Allah diwaktu insan-insan lain masih lena diulit mimpi.

Wallahua'lam

No comments:

Followers