Wednesday, June 20, 2012

Hubungan dengan Polis Perak terjalin erat - PAS Perak

IPOH, 20 Jun, PAS Perak telah mengadakan satu sesi lawatan kunjung mesra ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak untuk bertemu  Ketua Polis Perak Dato' Mohd Shukri bin Dahlan . Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, beliau mewakili PAS Perak sangat menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh Ketua Polis Perak khususnya kerana dapat bertukar idea bagi menyelesaikan banyak perkara berhubung isu-isu semasa di negeri Perak ini.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak:

"Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan PAS Perak dengan pucuk pimpinan polis kontijen Perak, ini menunjukkan PAS Perak sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua pihak bagi memastikan hubungan silaturrahim sesama insan terpelihara dengan baik".

" PAS Perak sentiasa mengharapkan agar pihak polis menjalankan amanah mereka dengan adil dan saksama terhadap rakyat tanpa membezakan latarbelakang politik yang berbeza dikalangan rakyat"

"Kami juga sempat membawa isu-isu penting untuk dibincangkan antaranya, isu berkenaan program-program yang dianjurkan oleh PAS di negeri ini sentiasa diganggu oleh UMNO, perbincangan mengenai kerjasama antara PAS dan pihak polis untuk bersama membenteras jenayah di negeri ini dan beberapa isu semasa yang lain"

Memetik ucapan Ketua Polis Perak:

" Saya sangat menghargai kerjasama yang diberikan pimpinan PAS Perak, insyaAllah pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik atas segala pandangan dan idea yang diberikan pimpinan PAS Perak"

Kesimpulan daripada pertemuan ini akhirnya mencetuskan beberapa resolusi penting antaranya ialah PAS sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua dan bersedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan keamanan dan keadilan untuk rakyat dapat dicapai.

Rombongan tersebut di ketuai oleh Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak, turut hadir bersama ialah, Ustaz Misbahul Munir ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Haji Razman Zakaria ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Ustaz Zawawi Hassan ( Ketua Pemuda PAS Perak ), Dr Najihah Ahmad ( Ketua Muslimat PAS Perak ), dan beberapa pimpinan tertinggi yang lain. 

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.blogspot.com/


No comments:

Followers