IPOH (7.6.12): Sungguhpun diganggu dengan bunyi bising karaoke daripada khemah sebelah, ceramah yang menampilkan penyanyi tahun 80-an, Aishah yang dahulunya popular dengan lagu 'Janji Manismu' di Taman Maju Rapat, Ipoh tetap berjaya menarik kehadiran yang membanggakan.
Tujuan pertandingan karaoke oleh Rela Sg Rapat yang begitu hampir dengan lokasi ceramah PR bagi mengganggu ceramah ini, dengan bunyi kuat daripada sistem pembesar suara yang sengaja dihalakan kearah tapak ceramah sedikit pun tidak menggugat hadirin yang tekun mendengar dari mula hingga ke akhirnya.
Keadaan gangguan yang dibuat oleh pihak sebelah sana akan diceritakan pada entry akan datang.
Turut sama berceramah malam ini adalah Sdr Radzi Zainon, Timbalan YDP Pas Gopeng dan juga Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye daripada PKR. Program malam ini juga diserikan dengan nyanyian dan petikan gitar Ustaz Huri Alias berhibur santai mengingatkan hadirin akan kebesaran Allah.
|
Sdr Radzi menggunakan tayangan slide dalam penerangannya mengenai isu Sekolah Agama Rakyat Desa Aman yang diputar belitkan oleh Hamidah |
|
Sungguhpun sudah berbelas kali program ceramah PR di dalam Dun Sg Rapat diganggu oleh Hamidah, namun sokongan daripada orang ramai semakin bertambah kepada Pakatan. Sehinggakan orang-orang Umno sendiri menyatakan betapa meluatkannya mereka dengan perangai Hamidah yang bukan saja kebudak-budakan, malah tidak langsung menggambarkan watak seorang Exco Kanan sebuah kerajaan negeri dan juga sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia. |
|
'Ini malam yang kedua ceramah saya diganggu, semalam di Kg Pisang, Batu Gajah dengan bingit suara Hamidah yang bercakap tanpa henti, malam ini pula diganggu dengan bingit nyanyian karaoke', kata Aishah |
|
Orang ramai tetap memenuhi tapak program untuk mendengar ceramah, bukannya mendengar nyanyian karaoke di malam Jumaat |
|
Nasihat Aishah, jangan gentar dengan perjuangan kerana yang hak tetap hak dan batil tetap batil |
|
Selesai ceramah, ramai yang mengambil peluang untuk bersalam dan bergambar dengan Aishah |
|
Sape ni? |
No comments:
Post a Comment