Sunday, June 24, 2012

Laporan polis terhadap laporan akhbar Sinar Harian




Laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengenai laporan polis terhadap kekerapan ceramah Pakatan Rakyat di Kg Sg Rokam mengundang satu lagi polemik di dalam Dun Sg Rapat.


Laporan polis yang dibuat oleh Ketua Kampung Sg Rokam dilihat sebagai cubaan untuk menyempitkan ruang demokrasi di dalam negara.

Umno Gopeng seolah-olah cuba berselindung dibelakang pihak polis apabila hilang keupayaan untuk menyaingi program ceramah anjuran Pakatan Rakyat Gopeng.

Dikatakan bahawa kekerapan PR mengadakan program ceramah dikampung tersebut merupakan satu gangguan kepada penduduk setempat.

Tetapi mereka gagal untuk mengakui bahawa gangguan hanya berlaku apabila terdapat ceramah kedua anjuran Umno yang hanya bertujuan mengganggu program ceramah PR.

Kepada pembaca akhbar Sinar Harian hari ini, tentu mereka dapat menilai di antara kenyataan yang dibuat oleh Ketua Kampung Sg Rokam dengan Setiausaha Sekretariat PR Negeri, Dr Khairuddin Abd Malik mengenai polemik ini.

Terpisah pemikiran antara yang cerdik dan tidak di dalam masalah ini.

Yang cerdik mengatakan bahawa masalah ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan yang memerintah membenarkan penggunaan dewan-dewan orang ramai sedia ada kepada semua pihak.

Satu lagi yang mengundang persoalan mengenai laporan akhbar Sinar Harian ini adalah mengenai dakwaan daripada Muhammad Amin yang mendakwa kamera videonya telah dirampas semasa program ceramah tersebut.

Ini merupakan satu fitnah kerana selama PR mengadakan program ceramah, tidak pernah berlaku apa-apa insiden yang melibatkan rampasan apa jua benda daripada yang hadir. Malah, jika terdapat kejumpaan apa-apa barang kepunyaan hadirin, pasti akan diumumkan semasa ceramah untuk dikembalikan kepada tuan yang empunya.

Oleh kerana dakwaan, tuduhan dan fitnah yang dikeluarkan agak keterlaluan dan boleh menjejaskan kredibiliti pihak Pakatan Rakyat, satu laporan polis telah dibuat oleh Pas Cawangan Sg Rokam selaku penganjur ceramah di kampung tersebut.

No comments:

Followers