Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, beliau kesal kerana Polis hanya mengenakan tindakan keatas Dato' Seri Nizar Jamaluddin namun tidak memberi tindakan kepada Akhbar Kosmo.
"Akhbar Kosmo menyiarkan karikatur yang jelas mengenai plat WWW1 sebanyak 2 keluaran, namun tidak ada tindakan.
Adakah pihak Polis hanya membaca Twitter dan tidak membaca akhbar arus perdana?," ujarnya kepada Perakite Daily.
Raja Iskandar berkata, Polis perlu bersikap adil dan janganlah bersikap memilih bulu danam mengenakan sesuatu tindakan.
Menurutnya, kenyataan Nizar berbentuk umum dan padangan seorang rakyat biasa.
"Beliau tidak langsung menyebut nama Sultan Johor dan sama seperti Akhbar Kosmo.
"Namun Polis perlu adil, jika Nizar didakwa, Kosmo juga perlu didakwa," ujarnya.
No comments:
Post a Comment