Monday, June 18, 2012

Adilkah peneroka dapat 800 unit, Isa Samad 180,000 unit saham Felda?



Peneroka Felda adalah golongan yang telah bertahun mengusahakan tanah-tanah rancangan di Felda. Usaha gigih dengan titik peluh golongan penerokalah yang telah menjayakan serta membuahkan hasil yang lumayan di tanah rancangan Felda.

Baru-baru ini, apabila terdapat usaha menyenaraikan Felda di Bursa Saham melalui Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), ramai peneroka yang keliru dan bimbang akan nasib tanah rancangan mereka.

Kini jelas sudah, siapakah sebenarnya yang akan mengaut keuntungan yang besar daripada penyenaraian saham Felda ini. Sila rujuk gambar di atas yang di ambil daripada prospektus FGVH.

Amat memalukan apabila Isa Samad menyatakan bahawa saham sebanyak 800 unit yang diberikan kepada peneroka adalah WAJAR sedangkan beliau sendiri sebagai Pengarah FGVH, yang tidak mengusahakan langsung tanah rancangan di Felda menerima 180,000 unit saham tersebut. Bukti jumlah saham yang diterima Isa Samad boleh dirujuk di mukasurat 906 prospektus FGVH tersebut.

Jurang diantara 800 unit dan 180,000 unit amatlah besar dan jauh sekali. 800 unit bermakna tidak sampai satu lot pun saham yang menjadi pegangan peneroka berbanding dengan Isa Samad sebagai Pengarah FGVH. Siapakah yang akan mengaut keuntungan besar dan siapakah pula yang akan dipergunakan dalam isu penyenaraian saham Felda nanti?

Para peneroka perlu berhati-hati dengan penyenaraian saham FGVH ini kerana ianya melibatkan masa hadapan mereka. Jangan dibiarkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan di atas angin daripada usaha titik peluh bertahun-tahun peneroka negara kita.


Majoriti peneroka terima tawaran saham FGVH

BENTONG, 17 Jun — Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Beliau berkata hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.
“Penyenaraian FGVH dijadual 28 Jun di Bursa Malaysia, dan kami telah menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuashati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.
“Tawaran saham sebanyak 800 unit adalah wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat, manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.
“Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGVH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini, hari ini.
Beliau berkata penyenaraian FGVH itu bertujuan mengangkat status ekonomi dan sosial masyarakat Felda secara holistik dan tidak ada sebab masyarakat Felda tidak menyokong usaha baik yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohd Isa (gambar) berkata peneroka Felda adalah golongan bertuah kerana mereka disediakan saham FGVH walaupun tanah milik mereka tidak terbabit dalam penyenaraian itu.
Beliau berkata peneroka mendapat 22.5 peratus saham iaitu 2.5 peratus saham tunai 800 unit, manakala 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan peneroka atau waris mereka akan mendapat dividen pada setiap tahun.
“Felda akan turun padang ke setiap wilayah Felda bagi menerangkan kedudukan sebenar pegangan saham peneroka kerana ramai yang tidak faham akibat hasutan pembangkang yang gemar mengelirukan peneroka,” katanya.
Pengerusi Felda itu turut menegur segelintir peneroka yang masih menyokong pembangkang walaupun kerajaan pimpinan perdana menteri telah meletakkan mereka pada kedudukan yang sangat istimewa dalam komuniti masyarakat Malaysia. — Bernama

1 comment:

opisboi said...

biasalah bro! adil @ tidak itu bukan hal tapi biasanya si bodoh jadi makanan si cerdik.(maaf cakap mlayu pelda lebih budus dr lembus)dari dulu smpai lanie

Followers