Saturday, June 2, 2012

Xpresi Hijau Anak Muda: Ustaz Azhar Idrus pemangkin tarikan anak muda kepada ulama


ALOR SETAR (1.6.12): Ustaz Azhar Idrus, satu nama yang menjadi fenomena dan kegilaan kepada muda mudi untuk kembali mendekati kuliah agama, mahupun melalui videonya di laman youtube ataupun siri-siri ceramah beliau yang diadakan di serata tempat di seluruh negara.

Ustaz yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Youtube' ini bagaikan satu magnet besar yang berkuasa untuk menarik anak-anak muda untuk bersama-sama dengan ulama di dalam majlis-majlis ilmu. 

Biarpun terlewat tiba untuk menyampaikan Kuliah Asar kepada ribuan anak-anak muda akibat kesesakan lalulintas ketika menuju ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah tadi, ianya sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak muda yang sedari awal lagi telah setia menunggu ustaz kesayangan ramai ini. 

Penampilan beliau ketika tiba ke pentas utama, dengan berkaca mata hitam berjenama 'Spyder' membuatkan anak-anak muda tidak rasa terpinggir oleh penampilan mereka malah lebih dekat lagi dengan seorang yang menjadi ikon kepada majlis-majlis ilmu. 

Semoga AF Ustaz Azhar Idrus akan terus menjadi ikon serta pemangkin kepada generasi muda untuk mendekati majlis-majlis ilmu dan kembali kepada jalan sebenar menuju kepada Allah Taala.

Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Nik Abduh





Penampilan Ustaz Azhar yang 'cool' membuatkan anak-anak muda tidak kekok untuk bersama-sama dengan ulama

Namun begitu, beliau tetap tegas memperkatakan yang haq mengenai urusan agama Islam

Penyampaian kuliahnya yang padat dengan nasihat dan ajaran agama, sesekali diselang-selikan dengan lawak jenaka agar anak-anak muda mudah memahami kuliah yang disampaikannya

Chegu Bard turut bersama-sama anak-anak muda Pas di himpunan ini. Ada sahabat yang membisikkan ke telinga saya yang mungkin kejutan malam nanti adalah kemasukan Chegu Bard ke dalam Pas




Amalan hormat-menghormati sesama ulama menjadi pedoman buat anak muda 

Lambaian Ustaz Azhar kepada anak-anak muda ketika bersama-sama dengan kepimpinan Pemuda Pas

Kibaran bendera Parti Islam SeMalaysia oleh Ustaz Azhar dengan diiringi oleh laungan Takbir oleh ribuan anak-anak muda di Stadium Darul Aman


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...